Jumaat, 31 Ogos 2018 | 8:53pm
ALEKSANDER Ceferin . - Foto EPA

VAR dalam Liga Juara-Juara musim depan

MONACO: UEFA merancang untuk menggunakan sistem video bantuan pengadil (VAR) dalam Liga Juara-Juara bermula musim depan tetapi kemungkinan tidak akan menggunakan teknologi itu ketika ini walaupun di pada perlawanan akhir, kata presidennya, Aleksander Ceferin.

Badan pentadbir bola sepak Eropah itu menentang pelaksanaan sistem VAR yang mana membolehkan insiden utama dikaji semula dengan penggunaan video ulangan dan ia digunakan pada Piala Dunia di Russia tahun ini.

Ceferin memaklumkan VAR akan diperkenalkan musim depan dari pusingan akhir kelayakan dan juga dalam perlawanan Piala Super tahunan antara pemenang Liga Juara-Juara dan Liga Europa.

Ia kemudian akan digunakan dalam semua peringkat kumpulan dan perlawanan kalah mati.

“Perancangan sekarang adalah menggunakannya dari musim depan... dengan perlawanan pertama musim depan iaitu Piala Super,” katanya kepada pemberita. “VAR tidak jelas sepenuhnya buat masa ini ... tetapi kami juga tahu tidak ada cara lain lagi.

“Ia lebih sukar daripada apa yang dilihat, kami mempunyai kumpulan rangkaian yang besar, perancangan untuk dilakukan musim depan, tapi kita lihat dulu apa yang berlaku dan saya tidak mahu meramalkan apa-apa 100 peratus.”

Berkenaan perlawanan akhir musim ini, beliau berkata: “Saya belum mengarahkan (VAR dilaksanakan) tetapi buat masa sekarang, ia tidak kelihatan seperti akan berlaku.” -Reuters

Berita Harian X