Isnin, 20 Ogos 2018 | 1:37am

United dimalukan Brighton

BRIGHTON: Permulaan hambar Manchester United musim ini berlanjutan apabila mereka tewas 3-2 di tangan Brighton & Hove Albion, sebentar tadi.

Pertahanan yang longgar membenarkan Brighton membolosi dua gol pada setengah jam babak pertama menerusi Glenn Murray dan Shane Duffy yang mampu menjinakkan empat benteng bernilai 117 juta pound (RM612.28 juta) sekali gus menampakkan keperluan mengapa pengurus Jose Mourinho mahu mempertingkatkan pertahanan.

Eric Bailly membuka ruang kepada lawan dan membenarkan jaringan sulung Duffy dalam Liga Perdana Inggeris, melakukan kekasaran ke atas Pascal Gross sehingga menghadiahkan penalti. Gross menyempurnakan sepakan berkenaan.

Namun Romelu Lukaku terlebih dulu mengurangkan defisit menerusi tandukan namun United dilihat tidak begitu bertenaga untuk kembali bangkit.

Bagaimanapun Paul Pogba berjaya melunaskan sepakan penalti selepas Marouane Fellaini dijatuhkan pada masa kecederaan untuk gol kedua United. - Reuters

 

 

220 dibaca
Berita Harian X