Isnin, 13 Ogos 2018 | 4:26pm
DEJAN Lovren.

Liverpool terpaksa sisih Lovren

LONDON: Pertahanan Liverpool, Dejan Lovren terpaksa diketepikan selama tiga minggu selepas mengalami kecederaan di bahagian pelvik ketika Piala Dunia, kata pengurus Juergen Klopp.

Lovren kembali ke Merseyside minggu lalu selepas membantu Croatia mara ke final Piala Dunia tetapi tidak mampu berlatih bersama skuad utama.

“Dia tidak cergas. Saya boleh katakan seperti ini, tahun lalu dia sudah pun berdepan beberapa masalah itu tetapi dia jelas boleh bermain, dan bermain dengan amat bagus,” kata Klopp.

“Di Piala Dunia, bermain tiga kali dalam tempoh 120 minit ia menjadi semakin buruk, tetapi saya amat yakin ia akan selesai dalam tempoh satu, dua atau tiga minggu.

“Dalam tempoh itu dia sudah tentu boleh kembali berlatih, tetapi bukan dalam program yang penuh, jadi ia akan memakan masa.”

Liverpool membuka kempen Liga Perdana Inggeris dengan langkah kanan apabila menewaskan West Ham United 4-0, semalam.

Perkembangan itu menyaksikan Lovren mungkin terpaksa disisihkan sehingga rehat aksi antarabangsa bulan depan sekali gus terlepas perlawanan liga menentang Crystal Palace, Brighton & Hove Albion dan Leicester City. - Reuters

Berita Harian X