Jumaat, 20 Julai 2018 | 9:48pm
CESC Fabregas (kiri) dan Eden Hazard - Foto Michael Regan

Fabregas rayu Hazard kekal di Stamford Bridge

MELBOURNE: Pemain tengah Chelsea Cesc Fabregas menggesa rakan sepasukannya, Eden Hazard tidak meninggalkan kelab Liga Perdana Inggeris itu di sebalik spekulasi mengatakan pemain Belgium itu sedia menyertai Real Madrid.

Ketika Piala Dunia di Russia, Hazard mendedahkan betapa dia sedia meninggalkan kelab yang disertainya sejak 2012 itu, tetapi Fabregas merayu supaya tidak meninggalkannya England.

"Saya fikir dia pemain terbaik kami," kata Fabregas terhadap rakan sepasukannya itu sejurus tiba di Perth.

"Kami adalah kelab yang terbaik, kami mahu menjadi pasukan yang terbaik. Kami mahu memenangi sesuatu, dan untuk itu kamu memerlukan pemain-pemain terbaik kamu. Eden adalah salah seorang daripadanya.

"Dia adalah pemain yang kami semua gemar untuk bermain bersama, pemain-pemain, dan kami memerlukannya. Dia juga mengetahuinya."

Chelsea dijadual mengharungi perlawanan persahabatan pra musim menentang kelab Perth Glory, Isnin ini yang menjadi perlawanan pertama kelab itu di bawah kendalian jurulatih baharu, Maurizio Sarri.

Sarri sebelum ini berjanji corak permainan menyerang akan ditampilkan skuad kendaliannya dan Febregas mengakui tidak sabar untuk melihatnya.

"Ia adalah corak permainan yang saya percayai, saya amat menggemarinya, dan saya juga membesar dengan sistem ini," kata pemain Sepanyol berusia 31 tahun itu.

"Untuk pemain seperti saya, kami mempunyai banyak kelebihan."

- Reuters

Berita Harian X