Sabtu, 14 Julai 2018 | 8:58am
WILLIAM Carvalho.

Carvalho tinggalkan Sporting, sertai Betis

PARIS: Pemain tengah Portugal, William Carvalho menyertai pasukan La Liga, Real Betis dengan perjanjian selama lima tahun selepas menamatkan kontraknya bersama Sporting Lisbon.

Pemain berusia 26 tahun itu muncul antara sembilan pemain yang meninggalkan Sporting selepas diugut dan diserang oleh penyokong berikutan kegagalan mereka melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.

Carvalho menjadi sebahagian daripada barisan Portugal yang menewaskan Perancis pada final Euro 2016, dengan dia turut beraksi di Piala Dunia kali ini ketika perjalanan pasukannya hanya hingga ke pusingan 16 terakhir sebelum tumpas kepada Uruguay.

Sepanjang tujuh tahun bersama Sporting, Carvalho membuat 191 kemunculan dalam semua pertandingan termasuk menjaringkan 11 gol.

Real Betis menamatkan kempen liga Sepanyol musim ini di kedudukan keenam untuk mara ke saingan Liga Europa. - AFP

Berita Harian X