Isnin, 9 Julai 2018 | 12:52pm
VIRGIL van Dijk.

Van Dijk azam julang Liverpool

 

LIVERPOOL: Pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk yakin pasukan itu mampu mara lebih jauh dalam kempen akan datang ketika pasukan Liga Perdana Inggeris itu bertekad mahu mengakhiri kemarau kejuaraan.

Kejayaan terakhir skuad Merseyside itu meraih kejayaan adalah ketika menjulang Piala Liga 2012 dan biarpun menunjukkan peningkatan di bawah kendalian Juergen Klopp, pengurus kelahiran Jerman itu tewas pada tiga final sejak menyertai kelab itu pada 2015.

"Kami akan berusaha sebaik mungkin untuk menjadikannya kenyataan musim ini. Kami hampir menjulang gelaran tetapi jelas sekali tidak cukup hampir untuknya," kata pemain Belanda Van Dijk.

"Saya boleh memperbaiki setiap aspek permainan. Ketika ini, kita semua kembali ke tahap kecergasan sepenuhnya, memastikan diri saya lebih baik dan lebih kuat daripada sebelumnya.

"Saya berusaha setiap hari dan lakukan apa yang termampu dan saya tidak ragu-ragu ia akan menjadi kenyataan."

Pemain berusia 27 tahun itu membuat 22 penampilan bersama Liverpool sejak menyertai mereka pada Januari, membantu kelab itu menduduki tangga keempat liga dan mara ke final Liga Juara-Juara di mana mereka tewas 1-3 kepada Real Madrid Mei lalu.

Van Dijk terlepas aksi pertama persahabatan pra musim Sabtu lalu di mana anak buah Klopp merekodkan kemenangan besar 7-0 ke atas pasukan Chester, namun dijangka mengambil bahagian dalam beberapa perlawanan menjelang sepak mula Liga Perdana bulan depan. - Reuters

 

52 dibaca
Berita Harian X