Sabtu, 7 Julai 2018 | 11:04am
Gambar fail, David Beckham (kiri) dan Zlatan Ibrahimovic.

Beckham, Ibrahimovic 'bertekak'

LOS ANGELES: Zlatan Ibrahimovic dan David Beckham bersetuju untuk membuat pertaruhan menjelang pertembungan England dengan Sweden pada suku akhir Piala Dunia malam ini.

Ibrahimovic, penjaring terbanyak sepanjang zaman Sweden dengan 62 gol cukup lantang dalam memberi sokongan kepada pasukan negaranya dan kini bersama kelab Los Angeles Galaxy iaitu bekas kelab Major League Soocer kapten England, David Beckham.

Ibrahimovic menerusi Twitter mencabar Beckham menjelang pertemuan di Samara, Russia.

"Yo @davidbeckham jika @england menang saya akan belanja awak makan malam di mana saja yang awak mahu tapi jika @swemnt menang anda perlu belanja apa saja yang saya mahu di @ikeasverige ok?" jelas Ibrahimovic.

Beckham membalas cabaran itu menerusi Instagram: "@iamzlatanibrahimovic jika @swemnt menang saya sendiri akan bawa anda ke @ikeasverige dan belikan apa saja yang anda perlukan untuk rumah baru anda di LA @lagalaxy, tapi jika @england menang saya mahu anda datang menyaksikan perlawanan @england di Wembley sambil memakai jersi England dan menikmati 'fish & chips' pada rehat babak pertama..." -AFP

 

 

 

Berita Harian X