Jumaat, 22 Jun 2018 | 10:12am
Son Heung-min mengawal bola semasa perlawanan Piala Dunia F Piala Dunia menentang Sweden di Stadium Nizhny Novgorod, Russia. - Foto AFP

Heung-Min tertekan selamatkan Korea Selatan

SAINT PETERSBURG: Harapan tinggi kepada pemain Korea Selatan, Son Heung-min di Piala Dunia adalah sama seperti beban yang ditanggung Mohamed Salah, Cristiano Ronaldo dan Harry Kane.

Malah Lionel Messi, yang mahu menambah kejuaraan Piala Dunia dalam koleksinya sudah menjadi objektif utama buat barisan bintang Argentina - dengan Angel Di Maria, Javier Mascherano dan Sergio Aguero turut memberikan sokongan.

Korea Selatan turut berdepan laluan sukar selepas kekalahan 0-1 kepada Sweden, menyebabkan mereka memerlukan keputusan menang atau seri menentang Mexico malam esok, bagi menghidupkan peluang melepasi Kumpulan F.

Heung-min menyalahkan diri sendiri kekalahan pada aksi pembukaan.

"Saya masih kecewa dengan persembahan diri sendiri," katanya. "Saya memohon maaf kepada rakan sepasukan kerana kesilapan saya tidak menjaringkan gol. Adalah menjadi kesalahan saya dan perlu bertanggungjawab."

 

Untuk Spurs, dia beraksi di belakang Kane, bersama-sama Dele Alli and Christian Eriksen. Dia adalah pemain utama namun bukan bintang.

 

"Benar dia mungkin tidak menjadi tumpuan seperti Harry Kane atau pemain lain, namun adalah bagus untuk mengiktiraf sumbangannya," kata jurulatih Tottenham, Mauricio Pochettino.

 

"Ia seperti beraksi bersebelahan dengan Lionel Messi atau Cristiano Ronaldo yang turut perlu diberikan banyak pujian.

 

"Apabila anda berada bersebelahan Harry Kane, yang sentiasa meledak jaringan, adalah normal fokus lebih kepada Harry Kane atau Messi atau Ronaldo berbanding Heung-min.

 

"Namun semua rakan sepasukan menyayanginya. Bukan saja kerana persembahannya namun sebagai individu. Dia sangat merendah diri dan individu yang normal menjadikannya dia dihormati." -AFP

 

 

Berita Harian X