Isnin, 14 Mei 2018 | 7:43pm
PENGURUS Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino. - Foto AFP

Spurs perlu berani dalam pasaran pemain

LONDON: Pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino meminta pengerusi kelab, Daniel Levy memenuhi impian bersama kelab itu dengan menjadi "berani" dalam perpindahan pemain menjelang perpindahan ke stadium baharu dengan kapasiti 62,000 tempat duduk.

Spurs mengesahkan kedudukan dalam Liga Juara-Juara buat musim ketiga berturut-turut dengan menamatkan saingan di tangga ketiga Liga Perdana walaupun dilaporkan membayar gaji keenam tertinggi di belakang Manchester City, Manchester United, Chelsea, Arsenal dan Liverpool.

Tottenham juga hanya membelanjakan ratusan juta dalam pasaran perpindahan berbanding dua kelab Manchester yang menghuni dua tangga teratas.

Begitupun Pochettino melakukan tugas menakjubkan dengan membangun dan meningkatkan bakat pemain muda.

Begitupun kesabaran mungkin semakin menipis buat sebahagian pemain kerana tidak dibayar lebih banyak seperti di tempat lain seperti didedahkan bulan lalu bahawa bayaran untuk Daniel Levy musim lalu meningkat daripada 3.16 juta pound (RM16.98 juta) kepada 6 juta pound (RM32.25 juta) setahun.

"Saya rasa Daniel akan mendengar apa yang saya katakan. Tetapi anda kenal saya, kadangkala saya ada idea yang gila," kata Pochettino.

"Anda perlu berani. Dalam situasi seperti ini, dengan kelab yang memiliki penyokong menakjubkan, menjadi berani adalah penting, dan mengambil risiko.

"Saya rasa, kini kelab perlu mengambil risiko dan jika boleh bekerja lebih keras berbanding sebelumnya untuk kembali menjadi kompetitif." - AFP

28 dibaca
Berita Harian X