Khamis, 8 Februari 2018 | 7:26am
PEMAIN Tottenham, Fernando Llorente (kiri) menanduk bola cuba ditepis penjaga gol Newport County, Joe Day pada saingan Piala FA di Stadium Wembley, sebentar tadi. - Foto Reuters

Piala FA: Tottenham mara singkir Newport County

LONDON: Tottenham Hotspur mara ke pusingan kelima Piala FA Inggeris selepas menewaskan Newport County 2-0 dalam aksi kedua, pagi tadi.

Tottenham, yang memerlukan jaringan lewat Harry Kane untuk mengikat kedudukan 1-1 pada saingan pertama mudah mendahului lawan hasil gol sendiri Dan Butler sebelum Erik Lamela menambah gol kedua.

Pengurus Spurs, Mauricio Pochettino merehatkan ramai pemain utamanya termasuk penjaring terbanyaknya, Kane bagi persiapan menentang Arsenal dalam saingan liga Sabtu ini.

PEMAIN tengah Tottenham, Son Heung-min diasak keras oleh pemain Newport County, David Pipe pada saingan pusingan keempat Piala FA di Stadium Wembley, sebentar tadi. - Foto Reuters

Spurs selaku tuan rumah hanya menguasai permainan selepas minit ke-26 apabila sepakan kencang Moussa Sissoko terkena kaki Butler sekali gus melepasi jangkauan penjaga gawang pelawat, Joe Day.

Lapan minit kemudian, Lamela menjaringkan gol pertamanya sejak menyertai Spurs pada September 2016.

Pemain dari Argentina itu bijak menjaringkan gol kedua melepasi Day selepas dia diperdaya Son Heung-min.

Begitupun, Tottenham terlepas beberapa peluang terbaik pada babak kedua apabila Fernando Llorente, yang menggantikan Dele Alli manakala Lamela turut terlepas banyak peluang begitupun Spurs bakal bertemu Rochdale pada pusingan kalah mati. - Reuters

GAYA pemain tengah Tottenham Hotspur, Erik Lamela meraikan gol jaringannya pada saingan pusingan keempat Piala FA di Stadium Wembley, sebentar tadi. - Foto AFP

Berita Harian X