Rabu, 24 Januari 2018 | 10:18am
PEMAIN Atletico Madrid, Angel Correa (tengah) dikekang pemain Sevilla, Gabriel Mercado dan Sergio Escudero (kiri) pada saingan suku akhir Piala Raja Sepanyol di Stadium Sanchez Pizjuan, sebentar tadi. - Foto Reuters

Sevilla ke separuh akhir

MADRID: Jaringan Sergio Escudero selepas hanya 24 saat membawa Sevilla mencipta kemenangan 3-1 mengatasi Atletico Madrid dan tempat ke separuh akhir Copa del Rey sebentar tadi.

Sevilla, yang mara ke final 2016, menguasai suku akhir selepas kejayaan 2-1 pada pusingan pertama.

Dan jaringan pantas Escudero memberi sumbangan besar dalam menyingkirkan Atletico.

Antoine Griezmann menyamakan kedudukan dengan hantaran lambung pada minit ke-13, tetapi babak kedua hanya berlangsung seminit apabila Banega menyempurnakan penalti untuk meletakkan kembali Sevilla di depan.

Pablo Sarabia menjaringkan gol ketiga Sevilla pada minit ke-79 dengan pengurus Atletico yang kecewa, Diego Simeone diarah ke tempat duduk penonton pada penghujung saingan.

"Penyingkiran ini adalah tanggungjawab saya. Kini kami perlu meningkat kerana kejohanan masih ada empat bulan," kata Simeone.

Awal pagi esok, Real Madrid, yang mendahului 1-0 selepas pusingan pertama, menanti kehadiran Leganes dengan Alaves berdepan Levantes manakala Barcelona akan melengkapkan suku akhir berdepan Espanyol. - AFP

Berita Harian X