Khamis, 4 Januari 2018 | 6:43pm
PEMAIN kelab PAS Giannina, Konstantinos Mavropanos akan melengkapkan perpindahan ke Emirates pada minggu ini. - Foto AGENSI

Arsenal ikat pertahanan Greece

LONDON: Arsene Wenger mengesahkan Arsenal akan menandatangani pertahanan Greece, Konstantinos Mavropanos dari kelab PAS Giannina pada jendela perpindahan bulan ini.

Menurut laporan media British, Mavropanos akan melengkapkan perpindahan ke Emirates pada minggu ini dengan perjanjian dianggar sekitar AS$2.70 juta (RM10.84 juta).

Ketika ditanya mengenai perjanjian berkenaan selepas Gunners merekod keputusan seri 2-2 dengan Chelsea, awal pagi tadi, Wenger berkata: "Ya, tetapi dia tidak bersedia untuk bermain dengan kami.

"Jadi kami benarkan dia keluar untuk dipinjamkan."

Mavropanos, 20 hadir dengan prestasi mengagumkan pada penampilan penuh sepenuh musim di Liga Super Greece bersama PAS Giannina dan menjaringkan tiga gol dalam 14 penampilan. - REUTERS

Berita Harian X