Khamis, 7 Disember 2017 | 7:02am
FERNANDO Llorente menjaringkan gol sulungnya bersama Spurs ketika bertemu APOEL Nicosia pada aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara, sebentar tadi. - Foto REUTERS

Llorente ledak gol pertama buat Spurs

LONDON: Fernando Llorente menjaringkan gol sulungnya buat Tottenham Hotspur apabila kelab itu melengkapkan saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara penuh bergaya dengan menewaskan APOEL Nicosia 3-0, sebentar tadi.

Tottenham yang sudah menjamin kedudukan teratas Kumpulan H di depan Real dan Borussia Dortmund menamatkan saingan kumpulan dengan 16 mata hasil lima kemenangan dalam enam perlawanan.

APOEL pula mengakhiri kempen peringkat kumpulan di tangga tercorot dengan hanya dua mata.


AKSI Fernando Llorente (kanan) menewaskan penjaga gol APOEL Nicosia untuk jaringkan gol pada aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara, sebentar tadi. - Foto REUTERS

Llorente yang menyertai Spurs dari Swansea City pada musim panas lalu meledak gol pertamanya buat kelab itu pada minit ke-20.

Spurs yang membuat lapan pertukaran daripada kesebelasan utama yang beraksi menentang Watford, Sabtu lalu meraih gol kedua pada minit ke-37 hasil jaringan Son Heung Min sebelum Georges-Kevin N'Koudou meledak gol ketiga 10 minit sebelum tamat. - Reuters


SON Heung-min (dua dari kir) meraikan jaringan kedua Spurs bersama rakan sepasukan. - Foto REUTERS

Berita Harian X