Rabu, 6 Disember 2017 | 6:49am
PENYERANG Atletico Madrid berasal dari Perancis, Antoine Griezmann (tengah) dikekang pemain Chelsea, Tiemoue Bakayoko (kiri) dan Davide Zappacosta pada saingan Liga Juara-Juara di Stamford Bridge, sebentar tadi. - Foto Reuters

Chelsea bangkit ikat Atletico

LONDON: Chelsea menyerahkan kedudukan teratas Kumpulan C Liga Juara-Juara apabila seri 1-1 di laman sendiri berdepan kelab Sepanyol, Atletico Madrid sebentar tadi.

Chelsea, yang sudah mengesahkan tempat ke peringkat kalah mati, menamatkan saingan di tangga kedua di belakang wakil Itali, AS Roma, manakala Atletico, pasukan yang layak ke final pada 2014 dan 2016, akan ke saingan Liga Europa apabila berkedudukan ketiga kumpulan.

Atletico mendahului pada minit ke-56 apabila Saul Niguez menanduk masuk ke penjuru gawang selepas menerima hantaran bekas penyerang Chelsea, Fernando Torres.

Chelsea membalas pada minit ke-75 apabila pertahanan Atletico, Stefan Savic menghantar sepakan lintang Eden Hazard ke gawang sendiri seterusnya mencipta penamat dramatik dengan kedua-dua pasukan berusaha mendapatkan gol kemenangan. - REUTERS

PEMAIN Chelsea berasal dari Belgium, Eden Hazard (tengah) cuba membolos kawalan pemain Atletico Madrid pada saingan Kumpulan C Liga Juara-Juara di Stamford Bridge, sebentar tadi. - Foto EPA-EFE

GAYA Chelsea, Eden Hazard selepas menjaringkan gol penyamaan ketika menentang Atletico Madrid pada saingan Kumpulan C Liga Juara-Juara di Stamford Bridge, sebentar tadi. - Foto EPA-EFE

REAKSI pengurus Atletico Madrid, Diego Simeone (kiri) dan pengendali Chelsea, Antonio Conte pada saingan Liga Juara-Juara di Stamford Bridge, sebentar tadi. - Foto Reuters

GAYA pemain tengah Chelsea, Cesc Fabregas mengawal bola cuba dikekang pemain Atletico Madrid pada saingan Kumpulan C Liga Juara-Juara di Stamford Bridge, sebentar tadi. - Foto AFP

PENYERANG Atletico Madrid, Antoine Griezmann (kanan) dibantu penjaga gol Chelsea, Thibaut Courtois pada saingan Kumpulan C Liga Juara-Juara di Stamford Bridge, sebentar tadi. - Foto AFP

Berita Harian X