Ahad, 3 Disember 2017 | 6:04am
JESSE Lingard (dua dari kanan) meraikan jaringan dengan gaya tersendiri ketika United menewaskan Arsenal di Stadium Emirates, awal pagi tadi. - Foto REUTERS

2 jaringan Lingard musnahkan Arsenal

LONDON: Jesse Lingard meledak untuk membantu Manchester United mencipta kemenangan 3-1 mengatasi Arsenal seterusnya mengurangkan kelebihan lima mata berbanding Manchester City di persada Liga Perdana awal pagi tadi.

Skuad kendalian Jose Mourinho meledak dua kali dalam 11 minit pertama di Stadium Emirates ketika Antonio Valencia dan Lingard memusnahkan pertahanan Arsenal.


PENYERANG Arsenal, Alexandre Lacazette menjaringkan gol tunggal ketika bertemu United pada aksi EPL, awal pagi tadi. - Foto REUTERS

Alexandre Lacazette mengurangkan defisit gol tetapi penjaga gol United, David De Gea melakukan beberapa siri menyelamat yang hebat sebelum Lingard menjaringkan gol kedua.

Walaupun pemain tengah United, Paul Pogba diarahkan keluar padang dan akan terlepas saingan tetangga Manchester hujung minggu depan kerana cabaran keras terhadap Hector Bellerin, pelawat berjaya bertahan untuk mencipta kemenangan berharga. - AFP


PENGADIL melayangkan kad merah kepada Paul Pogba (dua dari kiri) selepas mengasari pemain Arsenal, Hector Bellerin (duduk) pada aksi awal pagi tadi. - Foto AFP

Berita Harian X