Ahad, 3 Disember 2017 | 1:30am
REAKSI pemain Liverpool, Roberto Firmino sejurus menjaringkan gol ketiga pasukannya ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Brighton & Hove Albion di American Express Community Stadium di Brighton, malam tadi. - Foto AFP

Liverpool gah belasah Brighton & Hove Albion

LONDON: Roberto Firmino meledak dua gol ketika mengetuai kemenangan 5-1 Liverpool ke atas Brighton & Hove Albion di Stadium Amex, malam tadi.

Kejayaan itu adalah kemenangan kelima diraih The Reds dalam enam perlawanan terakhir dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL).

Liverpool membuka jaringan ketika perlawanan memasuki minit ke-30 menerusi Emre Can dan 74 saat selepas itu, Firmino menambah jaringan kedua buat Liverpool susulan hantaran bijak Mohamed Salah.


AKSI pemain Liverpool berasal dari Jerman, Emre Can (tengah) menanduk masuk untuk gol pertama ketika menentang Brighton & Hove Albion pada saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium The American Express Community, sebentar tadi. - Foto Reuters

Tiga minit selepas aksi babak kedua bersambung, penyerang Brazil itu terus pamer sentuhan penyudah tajam untuk meledak gol ketiga The Reds juga menerusi umpanan Salah berpunca daripada serangan balas pantas.

Pada minit ke-51, Brighton menjaringkan gol menerusi sepakan penalti Glenn Murray menerusi sepakan penalti.

Bagaimanapun, minit ke-87, Philippe Coutinho menambah derita lawan menerusi sepakan percuma menarik sebelum Lewis Dunk tertanduk ke gawang sendiri untuk melengkapkan kemenangan Liverpool. - Reuters


PEMAIN tengah Liverpool berasal dari Brazil, Philippe Coutinho (no 10) menjaringkan gol menerusi sepakan percuma pada saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium The American Express Community, sebentar tadi. - Foto Reuters


PEMAIN Liverpool memeluk Philippe Coutinho selepas meledak gol pada saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium The American Express Community, sebentar tadi. - Foto Reuters


PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp (kiri) memeluk rakan sejawatnya Chris Hughton selepas tamat perlawanan di Stadium The American Express Community, sebentar tadi. - Foto Reuters

Berita Harian X