Khamis, 23 November 2017 | 6:49am
PENYERANG Barcelona dari Argentina, Lionel Messi (tengah) dikekang pemain Juventus pada aksi Kumpulan D Liga Juara-Juara di Turin, sebentar tadi. - Foto AFP

Seri memadai buat Barcelona

TURIN: Barcelona mengambil risiko dengan meletakkan Lionel Messi di bangku simpanan sekali gus terpaksa berpuas hati diikat tanpa jaringan menentang Juventus pada aksi Liga Juara-Juara, sebentar tadi.

Namun, keputusan terbabit sudah cukup untuk skuad Catalan itu mengesahkan tempat ke kelompok 16 terbaik.

Barcelona yang membawa masuk Messi pada babak kedua menguasai sebahagian besar permainan namun aksi hambar diperagakan menyaksikan kedua-dua pasukan sekadar berkongsi satu mata.

Juventus yang kini menghuni tangga kedua Kumpulan D akan mengiringi Barca ke peringkat seterusnya melainkan mereka tewas di tangan Olympiakos dan Sporting menewaskan pendahulu La Liga itu pada aksi terakhir peringkat kumpulan. - REUTERS


PEGAWAI keselamatan menahan penyokong yang masuk ke tengah padang ketika aksi Juventus menentang Barcelona di Turin, sebentar tadi. - Foto AFP


PENYERANG Juventus, Gonzalo Higuain (kiri) diasak pemain Barcelona, Nelson Semedo pada saingan Liga Juara-Juara di Turin, sebentar tadi. - Foto EPA-EFE


PERTAHANAN Barcelona, Lucas Digne (kiri) mengekang penyerang Juventus dari Argentina, Paulo Dybala pada saingan Liga Juara-Juara di Turin, sebentar tadi. - Foto AFP


PEMAIN tengah Juventus, Sami Khedira (kiri) diasak pemain pertahanan Barcelona, Gerard Pique pada saingan Liga Juara-Juara di Turin, sebentar tadi. - Foto EPA-EFE


PENJAGA gol Juventus, Gianluigi Buffon (kanan) memeluk penyerang Barcelona, Luis Suarez selepas tamat aksi Liga Juara-Juara di Turin, sebentar tadi. - Foto AFP

Berita Harian X