Khamis, 23 November 2017 | 6:21am
PEMAIN pertahanan Basel, Michael Lang (tengah) dipeluk rakan sepasukan selepas meledak gol tunggal perlawanan ketika menentang Manchester United pada saingan Kumpulan A Liga Juara-Juara di Basel, sebentar tadi. - Foto AFP

Lang musnahkan harapan United

BASEL: Manchester United melepaskan peluang untuk mara ke peringkat kelompok 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara ketika saingan berbaki satu perlawanan buat kali pertama sejak 2014 apabila dibolosi gol lewat sekali gus tewas 1-0 di tangan Basel, sebentar tadi.

Pemain tengah Basel, Micheal Lang meledak gol kemenangan pada minit ke-89 selepas menyudahkan hantaran Raoul Petretta tanpa dapat diselamatkan penjaga gol United, Sergio Romero.

United masih kekal mendahului Kumpulan A dengan 12 mata daripada lima perlawanan diikuti Basel di tangga kedua dan CSKA Moscow di tangga ketiga yang berjaya menghidupkan kembali peluang mara ke peringkat seterusnya hasil kemenangan 2-0 ke atas Benfica.

- REUTERS


REAKSI pengendali Manchester United, Jose Mourinho (kanan) ketika aksi menentang Basel pada saingan Liga Juara-Juara di Basel, sebentar tadi. - Foto AFP


PEMAIN Manchester United, Zlatan Ibrahimovic (dua dari kiri) melakukan rembatan ke arah pintu gol Basel pada saingan Kumpulan A Liga Juara-Juara di Basel, sebentar tadi. - Foto REUTERS


PEMAIN pertahanan Manchester United, Marcos Rojo (kiri) cuba menghalang rembatan pemain Basel, Dimitri Oberlin pada saingan Kumpulan A Liga Juara-Juara di Basel, sebentar tadi. - Foto EPA-EFE


PEMAIN Basel, Eder Alvarez Balanta (kiri) mengasak penyerang Manchester United, Romelu Lukaku pada saingan Liga Juara-Juara di Basel, sebentar tadi. - Foto REUTERS

Berita Harian X