Rabu, 22 November 2017 | 8:23am
PEMAIN tengah Napoli, Marek Hamsik (tengah) dikekang dua pemain Shakhtar Donetsk pada saingan Kumpulan F Liga Juara-Juara di Stadium San Paolo, sebentar tadi. - Foto AFP

Insigne hidupkan peluang Napoli

NAPLES: Jaringan menarik 'pemain buangan' Itali, Lorenzo Insigne pada babak kedua menghidupkan kembali peluang Napoli ke pusingan 16 pasukan terbaik selepas mereka menewaskan Shaktar Donestk 3-0, awal pagi tadi.

Dia meledak gol pertama pada minit ke-56 pada aksi Kumpulan F itu dengan Piotr Zielinski melebarkan jurang buat tuan rumah sebelum Dries Mertens melengkapkan malam gemilang pasukan itu dengan gol ketiga.

"Kami percaya dan kami tahu ini adalah perlawanan yang begitu penting," kata Insigne.

"Kami memberikan yang terbaik dan pengorbanan sudah berbalas. Kami yakin mampu mara ke pusingan seterusnya meskipun tahu ia bukan sahaja bergantung kepada kami kerana kami perlu mengharapkan Manchester City menewaskan Shakhtar.

"Saya mahu ucapkan terima kasih kepada jurulatih (Maurizio Sarri) kerana memberi galakan dan percaya kepada saya. Saya akan terus mencuba untuk menjaringkan gol dan juga membuat hantaran gol."

Pendahulu Serie A itu tewas 2-1 pada aksi pertama di Donetsk sebelum ini dan kini memerlukan kemenangan pada aksi terakhir bertemu Feyenoord untuk mengiringi City yang mengesahkan kedudukan selaku pendahulu Kumpulan F dengan 15 mata.

Shaktar di tangga kedua dengan sembilan mata sementara Napoli di tangga ketiga dengan enam mata.

-AFP


PEMAIN Napoli, Jose Callejon (kiri) mengasak pemain Shakhtar, Bernard pada saingan Kumpulan F Liga Juara-Juara di Stadium San Paolo, sebentar tadi. - Foto EPA-EFE


PEMAIN Shakhtar Donetsk, Taison (kanan) diasak pemain Napoli, Elseid Hysaj pada saingan Kumpulan F Liga Juara-Juara di Stadium San Paolo, sebentar tadi. - Foto Reuters


PEMAIN Napoli, Piotr Zielinski meraikan gol jaringannya ketika menentang Shakhtar Donetsk pada saingan Kumpulan F Liga Juara-Juara di Stadium San Paolo, sebentar tadi. - Foto EPA-EFE


PENJAGA gol Napoli, Pepe Reina dilayang kad kuning oleh pengadil, Damir Skomina. - Foto Reuters

Berita Harian X