Rabu, 22 November 2017 | 7:50am
PENYERANG Liverpool, Mane (tengah) diasak keras oleh Sevilla, Johannes Geis (kiri) pada saingan Liga Juara-Juara di Seville, sebentar tadi. - Foto EPA-EFE

Pizarro tangguh hasrat Liverpool

SEVILLE: Sevilla pamer kebangkitan menakjubkan apabila seri 3-3 menentang Liverpool meskipun ketinggalan 0-3 pada separuh masa pertama hasil jaringan penyamaan minit akhir Guido Pizarro.

Roberto Firmino meledak dua gol dan Sadio Mane menghasilkan satu jaringan ketika anak buah Jurgen Klopp memiliki peluang terbaik untuk mara ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tempoh sembilan tahun.

Namun, Wissam Ben Yedder merapatkan kedudukan dengan dua gol pada babak kedua selepas Pizarro meledak gol penyamaan, sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah Sevilla di laman sendiri dalam tempoh setahun.

"Aksi yang baik di separuh masa pertama namun pada babak kedua, kami melakukan kesilapan apabila kami 'tidak lagi bermain bola sepak'," kata Klopp.

"Kami perlu terus menguasai permainan tetapi kami tidak dapat melakukannya.

"Kami menjadi sedikit pasif. Jaringan pertama mereka mengubah atmosfera perlawanan dan memberi motivasi kepada mereka."

Kedua-dua pasukan berada pada kedudukan terbaik untuk mara dengan Liverpool kekal mendahului menerusi sembilan mata. diikuti Sevilla lapan mata dan Spartak Moscow di tangga ketiga dengan enam mata.

Liverpool akan melayan kunjungan kelab Russia itu di Anfield sementara Sevilla akan berkunjung ke Maribor untuk aksi terakhir peringkat kumpulan.

"Ia perlawanan yang sungguh hebat. Saya begitu beremosi dengan apa yang berlaku pada perlawanan ini," kata jurulatih Sevilla, Eduardo Berizzo.

"Saya gembira dengan semangat juang demi maruah yang ditunjukkan barisan pemain saya." - AFP


PEMAIN pertahanan Liverpool, Alberto Moreno (kiri) mengekang pemain Sevilla, Wissam Ben Yedder pada saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara di Seville, sebentar tadi. - Foto EPA-EFE


PENYERANG Sevilla dari Argentina, Guido Pizarro (tiga dari kanan) dipeluk rakan sepasukan selepas menjaringkan gol penyamaan ketika menentang Liverpool pada saingan Liga Juara-Juara di Seville, sebentar tadi. - Foto AFP


GAYA penyerang Liverpool, Sadio Mane selepas menjaringkan gol ketika menentang Sevilla pada saingan Liga Juara-Juara di Seville, sebentar tadi. - Foto Reuters


PENYERANG Liverpool, Mohamed Salah (kanan) dikekang pemain Sevilla, Clement Lenglet pada saingan Liga Juara-Juara di Seville, sebentar tadi. - Foto Reuters


GAYA Roberto Firmino selepas meledak gol ketika menentang Sevilla di Seville, sebentar tadi. - Foto AFP

Berita Harian X