Selasa, 21 November 2017 | 7:40am
PENYERANG Real, Karim Benzema pada sesi latihan pasukan menjelang aksi Liga Juara-Juara, awal pagi esok. - Foto AFP
CRISTIANO Ronaldo (tengah) bersama rakan sepasukan pada sesi latihan Real. - Foto EPA

Zidane kekal optimis berdepan APOEL

NICOSIA: Jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane menegaskan dia masih 'optimistik' ketika gergasi Sepanyol itu tampak akan menghapuskan persembahan buruk mereka dalam La Liga dengan memastikan tempat ke kelompok 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara.

Bergelar juara Eropah sejak dua musim lalu, Madrid akan memastikan tempat ke kelompok 16 terakhir berbaki satu perlawanan dalam tangan dalam Kumpulan H jika menewaskan APOEL di Cyprus awal pagi esok.

Namun mereka akan ke negara timur Mediterranean itu selepas seri 0-0 berdepan pencabar tetangga Atletico Sabtu lalu yang menyebabkan mereka kini berkedudukan ketiga La Liga, 10 mata di belakang pendahulu Barcelona selepas hanya 12 perlawanan.


JURULATIH Real Madrid, Zinedine Zidane (tengah) memantau sesi latihan pasukan menjelang perlawanan Liga Juara-Juara bertemu APOEL, awal pagi esok. - Foto AFP

Mereka hanya menang satu daripada empat perlawanan terakhir dan cuba bangkit daripada kekalahan dalam Liga Juara-Juara kepada Tottenham Hotspur dengan ketinggalan satu mata di belakang pasukan England itu.

Ia adalah krisis pertama dihadapi Zidane yang masih baharu dalam karier kejurulatihan, namun pengendali dari Perancis itu cuba mengelak semua tekanan.

"Saya amat bertuah, pertama sekali berada dalam kesihatan yang bagus dan kedua hidup dalam keadaan yang saya suka. Saya suka apa yang saya lakukan," katanya dalam sidang akhbar di Nicosia menjelang perlawanan awal pagi esok.


BINTANG Real, Cristiano Ronaldo giat menjalani latihan. - Foto AFP

"Ia tugas yang lebih sukar. Tetapi apa saja yang berlaku saya kekal optimistik. Mungkin ada masanya sebahagian orang mula bimbang. Bukan saya, tidak pernah."

Cristiano Ronaldo dan Karim Benzema masing-masing hanya menjaringkan satu gol dalam La Liga musim ini manakala Gareth Bale tidak bermain kerana cedera.

Namun Ronaldo menghasilkan enam gol dalam Liga Juara-Juara termasuk dua gol ketika menang 3-0 di tempat sendiri berdepan APOEL pada September. - AFP

Berita Harian X