Selasa, 31 Oktober 2017 | 10:45pm
PERTAHANAN Liverpool, Dejan Lovren ketika sesi pemanas badan menjelang perlawanan di Anfield. Lovren dikecam hebat susulan prestasi longlai ketika Liverpool tewas 4-1 kepada Tottenham. - Foto Reuters

Ancaman bunuh menjijikkan: Lovren

LONDON: Bintang Liverpool, Dejan Lovren yang dikecam hebat susulan prestasi longlai di benteng pertahanan The Reds melabel ancaman bunuh yang disasar kepada keluarganya di media sosial sebagai 'menjijikkan.'

Pemain kelahiran Craotia itu membalas mesej dalam laman sosial Instagram miliknya selepas menerima ancaman yang bertulis: "Saya akan membunuh keluarga kamu rakyat Croatia tak guna."

Pemain berusia 28 tahun itu membalasnya: "Mengerikan perangai orang seperti ini."

"Saya tidak kisah jika apabila orang bercakap buruk mengenai diri saya, ia berkata lebih banyak mengenai mereka! Tetapi saya tidak boleh menghiraukannya apabila keluarga saya diancam.

"Saya tidak boleh dan tidak mampu untuk menerimanya. Menjijikkan."

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp pada minggu lalu mempertahankan pemainnya itu sekali pun mengeluarkannya selepas 31 minit permainan berlangsung.

Pada perlawanan itu, Liverpool tewas 4-1 kepada Tottenham Hotspur di Wembley.

Prestasi Lovren dalam perlawanan itu dikritik hebat tetapi Klopp berkata: "Saya tidak mengharapkan salah seorang daripada kamu melakukan kesilapan dan membincangkannya di khalayak ramai.

"Kamu tidak boleh membayangkan bagaimana perasaannya. Perkara yang utama ialah pemain-pemain ini masih manusia biasa tetapi kamu melihatnya seperti kamu menonton kemalangan dan kamu adalah orang yang berdiri dengan telefon bimbit dan bukannya membantu.

"Saya bukannya orang seperti itu," kata pengendali dari Jerman itu. - AFP

Berita Harian X