Sabtu, 7 Oktober 2017 | 7:40pm
SYAZWAN mahu meledak di hadapan penyokong tuan rumah di Stadium Hong Kong, Selasa ini. - Foto Osman Adnan

Wan Karpet mahu meledak lagi di Kowloon

KOWLOON (Hong Kong): Penjaring tunggal skuad Harimau Malaya ketika seri 1-1 berdepan Hong Kong pada 5 September lalu, Syazwan Zainon bertekad untuk sekali lagi menggegar gawang - kali ini mahu meledak di hadapan penyokong tuan rumah di Stadium Hong Kong, Selasa ini.

Tonggak sayap Kedah ini yang cemerlang ketika aksi pertama di Stadium Hang Jebat, Melaka itu menyamakan kedudukan pada minit ke-56, hasil tolakan mudah ke gawang untuk memadam gol awal pelawat menerusi sentuhan Alessandro, tiga minit sebelum itu.

Syazwan atau lebih mesra disapa dengan panggilan nama Wan Karpet menegaskan, jika dia diturunkan dalam aksi ketiga Kumpulan B Kelayakan Piala Asia AFC 2019 itu nanti, dia mahu membalasnya semula dengan membantu kemenangan pasukan.

"Saya gembira kerana berjaya menjaringkan gol ketika berdepan Hong Kong (5 September) dan menghargai kepercayaan diberikan jurulatih (Nelo Vingada) untuk beraksi dalam kesebelasan utama," katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Pusat Sukan Tseung Kwan O, di sini, hari ini.

"Untuk sekali lagi menjaringkan gol mungkin susah, terutama apabila bermain di gelanggang lawan.


PENGENDALI Arsenal, Arsene Wenger akui jadi mangsa prejudis terhadap -pengurus yang sudah berusia. - Foto AGENSI

"Namun dalam bola sepak, tiada apa yang mustahil dan jika ada rezeki, saya mahu menjaringkan gol lagi.

"Bukan untuk diri sendiri tetapi untuk memastikan kemenangan buat pasukan negara," kata tonggak lincah Kedah yang berusia 27 tahun itu.

Katanya, semangat rakan sepasukan menjelang aksi getir itu berada di tahap terbaik dengan masing-masing bersaing untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama.

"Sejak sampai di sini (Hong Kong) pada Khamis lalu, jurulatih memberi tumpuan kepada aspek kecergasan. Semua pemain begitu bersemangat dan suasana positif ini baik untuk kami," katanya.

Berita Harian X