Isnin, 2 Oktober 2017 | 2:06am
PEMAIN Liverpool, Alberto Moreno rebah diasak pemain Newcastle United, DeAndre Yedlin pada aksi Liga Perdana Inggeris di St James' Park, Newcastle, sebentar tadi. - Foto Reuters

Klopp terus kecewa

LONDON: Rafa Benitez berjaya mengetuai Newcastle United mengikat bekas kelabnya, Liverpool 1-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris, sebentar tadi.

Keputusan itu terus mengecewakan The Reds yang kini ketinggalan tujuh mata berbanding Manchester City dan Manchester United di dua kedudukan teratas, berkongsi 19 mata.

Liverpool mendahului permainan menerusi rembatan dari jarak 25 meter Philippe Coutinho pada minit ke-29 namun ia hanya bertahan tujuh minit apabila Joselu kembali menyamakan kedudukan.


PEMAIN Newcastle United, Christian Atsu diasak pemain Liverpool, Joe Gomez pada aksi Liga Perdana Inggeris di St James' Park, Newcastle, sebentar tadi. - Foto Reuters

PEMAIN Liverpool, Joe Gomez diasak pemain Newcastle United, Ayoze Perez pada aksi Liga Perdana Inggeris di St James' Park, Newcastle, sebentar tadi. - Foto Reuters

Apa pun, Jurgen Klopp terus berada dalam situasi sukar ketika melihat Daniel Sturridge yang berada dalam kesebelasan utama mensia-siakan banyak peluang termasuk ketika kesilapan dilakukan pertahanan Newcastle, Ciaran Clark di depan gawang.

Roberto Firmino, Dominic Solanke dan Alex Oxlade-Chamberlain kemudiannya dibawa masuk oleh Klopp sebaliknya Newcastle terus cemerlang mempertahankan gawang mereka.

Keputusan itu menyaksikan Benitez mengekalkan rekod tanpa kalah dalam lima perlawanan menentang Liverpool. - Reuters


PEMAIN Newcastle United, Joselu meraikan jaringannya dalam perlawanan menentang Liverpool pada aksi Liga Perdana Inggeris di St James' Park, Newcastle, sebentar tadi. - Foto Reuters

Berita Harian X