Rabu, 6 September 2017 | 8:05pm
PENJAGA gol Malaysia, Muhammad Hafizul Hakim (kanan) berjaya menyelamatkan sepakan penalti pemain Hong Kong, Alessandro Leonardo (9) pada masa kecederaan dalam aksi Kelayakan Piala Asia (AFC) 2019 di Stadium Hang Jebat, Krubong, semalam. - Foto Rasul Azli Samad

Saya bukan hero: Hafizul

MELAKA: Penyelamat sepakan penalti Malaysia ketika berdepan Hong Kong, Hafizul Hakim tidak mahu mendabik dada atas kecemerlangannya pada aksi Kelayakan Piala Asia di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, di sini, malam tadi.

Sebaliknya, penjaga gol Perak itu lebih rela merendah diri selepas berjaya membuat agakan tepat arah sepakan kencang penalti Alessandro Leonardo, sekali gus mengelak kekalahan skuad Harimau Malaya pada detik akhir aksi yang berkesudahan dengan keputusan 1-1.

Aksi dramatik berkenaan menyaksikan Hafizul dianggap wira oleh peminat kerana dia menjadi penentu kejayaan mengelak aib dan meraih tiga mata di laman sendiri.


PENJAGA gol Perak, Muhammad Hafizul bersedia sepenuhnya bertemu JDT di Stadium Perak, Ahad ini.

Menurutnya, dia hanya menuju memilih satu arah ketika penyerang lawan melakukan sepakan sambil berdoa, tawakal dan nekad mempertahankan jaring pasukan supaya tidak bolos.

Hafizul yang hanya memiliki satu kap untuk skuad kebangsaan (menentang Myanmar) tidak menduga akan diturunkan pada aksi malam tadi, namun dia jelas tidak mensia-siakan peluang keemasan itu selepas berjaya menyelamatkan empat percubaan berbahaya di babak pertama.

"Persembahan skuad negara semakin baik berdasarkan aksi malam tadi dan sebelumnya. Namun, kita masih perlu mencapai keputusan lebih baik," katanya.

Dia yang dilabel hero perlawanan malam tadi menegaskan tidak akan sesekali mudah lupa diri, sebaliknya mahu terus belajar dan menimba pengalaman.

Kapten pasukan, Safiq Rahim juga turut memuji tindakan cemerlang Hafizul ketika berdepan detik getir.

Katanya, bukan setakat Hafizul, malah semua pemain cemerlang untuk memberikan yang terbaik buat pasukan Malaysia walaupun gagal meraih tiga mata berharga.

Tegas Safiq, kad merah yang dikutip pemain negara bukan bukan disengajakan, sebaliknya berdasarkan kesungguhan tinggi mereka untuk memberikan yang terbaik sehingga berlaku insiden berkenaan.

Menurutnya, mana-mana pemain juga berada dalam situasi luar kawalan untuk mempertahankan kubu pasukan sehingga menjadi salah di mata pengadil perlawanan.

Pemain pertahanan, Rizal Ghazali dan Aidil Zafuan Abd Razak mengutip dua kad kuning pada minit ke-89 dan masa tambahan sekali gus diperintahkan keluar padang selepas dilayangkan kad merah.

Aidil dilayangkan kad kerana membantah keputusan pengadil dari Australia, Christopher Beath yang menghadiahkan sepakan penalti manakala Rizal pula memasuki padang tanpa kebenaran pengadil.

26 dibaca
Berita Harian X