Ahad, 30 Julai 2017 | 7:26am
MOHAMED Salah meraikan kejayaan selepas menjaringkan gol ketika menumpaskan Hertha Berlin 3-0 dalam aksi persahabatan pra-musim. - Foto REUTERS

Liverpool benam Hertha, Coutinho galas tugas kapten

BERLIN: Jurgen Klopp menikmati kepulangan sempurna ke Jerman pagi tadi, apabila jaringan pemain yang baru dibeli Dominic Solanke dan Mohamed Salah membantu Liverpool menumpaskan Hertha Berlin 3-0 dalam aksi persahabatan pra-musim.

Perlawanan itu turut menyaksikan Philippe Coutinho, yang dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona, menggalas tanggungjawab selaku kapten.

"Kami belum berada pada tahap sepatutnya, tetapi ia normal untuk aksi pra-musim.

"Kami tampak lebih bagus hari ini. Di separuh masa kedua, kami menguasai perlawanan. Kami terpaksa bertarung, namun dari segi taktikal kami kurang menjadi, " kata Klopp selepas perlawanan.

Klopp turut memuji Coutinho yang memainkan peranan terhadap gol ketiga Liverpool yang dijaringkan Salah selepas membuat hantaran yang cemerlang.

"Coutinho dan Salah kedua-duanya pemain yang hebat, dan kami gembira untuk memiliki mereka," kata Klopp.

Satu lagi gol Liverpool pada aksi di Olympiastadion Berlin itu dihasilkan Georginio Wijnaldum.

AFP

17 dibaca
Berita Harian X