Sabtu, 10 Jun 2017 | 9:20pm

Amri Yahyah turut terima cincin khas JDT


AMRI Yahyah menerima cincin khas daripada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, penaung Kelab Bola sepak Johor Darul Ta'zim. - Foto Facebook Southern Tigers

KUALA LUMPUR: Bekas penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Amri Yahyah turut menerima cincin khas Kelab Bola sepak Johor Darul Ta'zim sempena membantu kejayaan pasukan menjuarai liga buat kali ketiga berturut-turut, musim ini.

Cincin penghargaan itu diserahkan kepada Amri yang kini beraksi untuk Selangor ketika pertemuan dengan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, di Hotel Thistle, Johor Bahru, Johor.

Berdasarkan kenyataan disiarkan dalam laman web rasmi Facebook Johor Southern Tigers hari ini, kelab itu mengucapkan terima kasih atas jasa dan bakti semua pemain kepada kelab selama ini.

Selepas meninggalkan JDT, Amri pernah menyarung jersi pasukan Melaka United (MU) hampir semusim sebelum kembali ke skuad The Red Giants ketika jendela perpindahan pemain akan ditutup esok.

Berita Harian X