Selasa, 29 Oktober 2019 | 11:02am
Gambar fail Putera Charles dan isteri, Duchess of Cornwall, Camilla mengunjungi arkib yang dikenali sebagai Arkib Rahsia VAtican pada 4 April 2017. - Reuters

Arkib sejarah Vatican dedah 'rahsia' 12 abad

VATICAN CITY: Arkib Rahsia Vatican yang memiliki koleksi jutaan dokumen selama 12 abad, tidak lagi dianggap ‘rahsia’ secara rasmi.

Paus Francis menamakan semula arkib yang tidak ternilai itu yang turut mengandungi warkah permohonan King Henry VIII untuk menceraikan Catherine of Aragon dan mengahwini Anne Boleyn yang membawa kepada perpisahan Gereja Inggeris pada 1534 dengan Gereja Katolik di Rome.


Gambar fail Putera Charles dan isteri, Duchess of Cornwall, Camilla mengunjungi arkib yang dikenali sebagai Arkib Rahsia VAtican pada 4 April 2017. - Reuters

Mereka turut memiliki akta rasmi perbicaraan ahli astronomi Galileo yang dibuat penyiasatan Pasitan Rom pada 1633 yang menjatuhkan hukuman kerana dianggap sesat dengan mengajar bumi mengelilingi matahari.

The Vatican dalam kenyataannya berkata, nama baharu arkib itu ialah Vatican Apostolic Archives.

Tindakan itu menyingkirkan sebarang ‘nuansa negatif’ daripada perkataan Latin, secretum yang dikatakan paus dalam dekri bahawa hampir kepada makna ‘peribadi’ atau ‘simpanan’ berbanding rahsia apabila ia dinamakan buat pertama kalinya sekitar 1610.

Arkib itu sebenarnya sudah lama tidak dianggap rahsia: seperti kebanyakan arkib negara, ia dibuka kepada penyelidik berkelayakan selepas tempoh tertentu.

Koleksi kertas kerja, dokumen dan manuskrip yang bertarikh sejak tahun 700, menjadikan arkib itu antara pusat penyelidikan terpenting di dunia.

Ia memiliki rak sepanjang 85 kilometer dan bilik kebal bawah tanah dikenali sebagai The Bunker, yang turut ditampilkan dalam filem adaptasi novel Dan Brown, Angels and Demons.

Arkib itu dibuka untuk tempoh bermula era Paus Pius XI dan berakhir pada 1939. Koleksi bermula tempoh perkhidmatan Pius XII (1939-1958) dijadualkan untuk dibuka kepada sarjana pada Mac tahun depan yang sangat ditunggu-tunggu komuniti Yahudi.

Ini kerana ramai orang Yahudi beranggapan Pius tidak banyak membantu bangsa itu yang berdepan penindasan Nazi Jerman.

Vatican mempertahankan Pius yang memilih untuk bergerak di belakang tabir kerana bimbang campur tangan awam boleh memburukkan keadaan kepada Yahudi dan Katolik dalam masa perang Eropah yang dikuasai Hitler.

Apabila Francis mengumumkan tarikh pembukaan fail Pius XII Mac lalu, beliau berkata legasi Pius selama ini ditangani dengan ‘prejudis dan tokok-tambah.’ - Reuters

Berita Harian X