Jumaat, 9 Ogos 2019 | 12:38pm
Muzium Kebangsaan Nairobi mempunyai bertan-tan spesimen yang masih belum dikaji termasuk tulang rahang bertaring gergasi haiwan karnivor terbesar prasejarah. - Foto AFP
Muzium Kebangsaan Nairobi mempunyai bertan-tan spesimen yang masih belum dikaji termasuk tulang rahang bertaring gergasi haiwan karnivor terbesar prasejarah. - Foto AFP

Misteri fosil haiwan pemangsa gergasi purba terjawab

NAIROBI: Petunjuk tunggal sesuatu sangat hebat tersimpan dalam laci kayu di pejabat biasa di belakang Muzium Kebangsaan Nairobi ialah nota bertulis tangan tertampal di hadapannya: ‘Tarik dengan berhati-hati.’

Di dalamnya ada tulang rahang gergasi dengan taring sangat besar menyeringai daripada tempat letak busa - satu-satunya tinggalan karnivor besar prasejarah diketahui melebihi saiz beruang kutub yang baru diisytiharkan penyelidik sebagai spesis baharu pada tahun ini.

Ahli paleontologi Kenya, Job Kibii, menyifatkan tinggalan itu unik ketika memegang tulang berusia 23 juta tahun, iaitu Simbakubwa kutokaafrika, sekali gus menjadi tajuk utama dunia.

Bagaimanapun, fosil luar biasa itu bukan baru dicari gali pada tahun ini, bahkan tidak juga dekad ini. Malah, ia tidak ditemui pada abad ini.

Selama lebih 40 tahun, spesimen - bukti kewujudan haiwan pemangsa terbesar di Afrika seberat 1,500 kilogram yang memburu haiwan seperti singa - tersimpan dalam laci tidak menonjol di pusat bandar Nairobi.

Kakitangan muzium mengetahui tulang itu istimewa - cuma mereka hanya jelas apa sebenarnya. Punca kebingungan, hanya dibersihkan daripada debu sekali-sekala untuk tetamu, Simbakubwa menanti didedahkan, hampir dilupakan.

Bagaimana mungkin fosil yang dicari gali di barat Kenya pada awal 1980-an, tidak dikenal pasti untuk tempoh selama itu?

Kibii - mengetuai Jabatan Paleontologi Muzium Kebangsaan Kenya memiliki koleksi tiada bandingan di Afrika Timur dan antara khazanah fosil terhebat di dunia - mempunyai pandangan baik.

Muzium Kebangsaan Nairobi mempunyai bertan-tan spesimen yang masih belum dikaji termasuk tulang rahang bertaring gergasi haiwan karnivor terbesar prasejarah. - Foto AFP

“Kami memiliki bertan-tan spesimen yang belum dianalisis. Sudah tentu akan ada benda yang menanti untuk diketahui,” katanya kepada AFP.

Sayap bangunan utama hanya berubah sedikit sejak ahli paleoantropologi legenda, Louis Leakey, menyimpan penemuannya di situ pada awal 1960-an.

Sistem pemfailan berasaskan kad masih digunakan untuk mencari fosil tertentu dalam khazanah dengan entri bertulis tangan.

Namun, koleksi itu mula semakin berkembang lebih pesat daripada apa yang mampu diusahakan Kibli dan pasukannya.

Muzium Kebangsaan Nairobi mempunyai bertan-tan spesimen yang masih belum dikaji termasuk tulang rahang bertaring gergasi haiwan karnivor terbesar prasejarah. - Foto AFP

“Kami kehabisan ruang. Dalam seksyen ini sahaja, kami memiliki lebih sejuta spesimen,” kata Kibii, berhenti di antara rak arkib berdebu dari lantai hingga siling dengan penemuan sejak lebih separuh abad.

Tengkorak besar buaya purba ‘bersaing’ untuk mendapatkan ruang dengan spesis girafah bertanduk yang sudah pupus.

Terletak berhampiran, gading gergasi gajah Afrika terawal mengambil ruang lebih besar.

Malah, tingkap pun dipenuhi dengan tinggalan pelbagai makhluk aneh dan cantik.

Muzium Kebangsaan Nairobi mempunyai bertan-tan spesimen yang masih belum dikaji termasuk tulang rahang bertaring gergasi haiwan karnivor terbesar prasejarah. - Foto AFP

Antara 7,000 hingga 10,000 fosil baharu sampai di makmal setiap tahun, Kibii berkata, menjadikan 15 kakitangannya tidak menang tangan untuk membersih dan mencatat spesimen berkenaan.

Mengikut undang-undang, fosil yang ditemui di Kenya mesti diserahkan kepada muzium untuk penerimaan - proses melabel, merekod dan menyimpan untuk generasi masa depan.

Tunggakannya luar biasa.

Muzium Kebangsaan Nairobi mempunyai bertan-tan spesimen yang masih belum dikaji termasuk tulang rahang bertaring gergasi haiwan karnivor terbesar prasejarah. - Foto AFP

Dalam bilik gelap, kakitangan yang mengenakan topeng pelindung menghancurkan batu daripada fosil dengan menggunakan berus berkuasa udara dengan lagu pop Kenya berkumandang daripada radio lama.

Di luar, peti besi yang dihantar dari tapak cari gali menanti sentuhan ajaibnya - mengambil masa bertahun-tahun secara harfiah sebelum sampai gilirannya.

Sekiranya pakar tertentu tidak mengenal pasti spesimen itu, ia mungkin akan salah dikategori atau terbiar.

Dalam sesetengah kes, ia akan dihantar ke ‘ruang menunggu’, iaitu kotak kadbod usang menyimpan fosil tidak diketahui dan terbiar untuk mengumpul debu.

Muzium Kebangsaan Nairobi mempunyai bertan-tan spesimen yang masih belum dikaji termasuk tulang rahang bertaring gergasi haiwan karnivor terbesar prasejarah. - Foto AFP

Pengurus Koleksi, Francis Muchemi, berkata pihaknya mempunyai fosil sejak 1980-an yang masih belum diproses.

Simbakubwa bertemu dengan takdir sama.

Pada awalnya dianggap spesis hyena, ia disimpan dalam bilik belakang dan tidak dikaji selama berdekad-dekad hinggalah ditemui penyelidik Amerika.

Muzium Kebangsaan Nairobi mempunyai bertan-tan spesimen yang masih belum dikaji termasuk tulang rahang bertaring gergasi haiwan karnivor terbesar prasejarah. - Foto AFP

Penemuan tertentu ditemui di salah satu tapak cari di Kenya oleh penyelidik yang menulis kertas akademik diberikan keutamaan dan laluan pantas untuk proses penerimaan di muzium.

Malah hingga hari ini, muzium kekurangan pakar dan sumber manusia.

Kibii ialah antara tujuh ahli paleontologi di Kenya. Beliau dilatih di Afrika Selatan kerana kursus bidang itu tiada di tanah airnya.

“Ia penting kerana Kenya ialah tapak evolusi manusia. Kami memiliki hanya sedikit warga Kenya melakukan kerja ini. Sebanyak 99 peratus orang bekerja di sini ialah warga asing,” kata Muchemi yang mempelajari kemahirannya ketika bekerja.

Kibii berkata, bidang paleontologi dianggap memiliki keutamaan rendah berbanding memelihara haiwan liar yang terancam di Afrika.

“Negara ini sudah ada berjuta-juta tahun. Apakah yang mahu kamu selamatkan?” katanya yang mendedahkan alasan itu sebagai sikap kepada sains.

Beliau berharap berjaya memperoleh rak yang boleh ubah untuk memberi ruang lebih banyak kepada penyimpanan koleksi.

Malah lebih baik lagi sekiranya mendapat pengimbas mikro-CT - peralatan berkuasa tinggi yang banyak digunakan dalam penemuan baharu dalam dunia paleontologi - akan memberikan kesegaran kepada sudut muzium yang paling dilupakan.

“Saya sering tertanya-tanya apakah yang terselindung di antara rak ini.

“Simbakubwa menceritakan kisah baharu. Bagaimana jika, antara ribuan ini, kita akan ada 10 atau 20 cerita baharu yang menanti untuk didedahkan. Ia sentiasa menjadi misteri,” katanya.

Berita Harian X