Jumaat, 17 Mei 2019 | 9:06pm
Kakitangan Universiti Mosul menyusun koleksi buku di Perpustakaannya yang baharu. Beberapa abad, Mosul terkenal dengan seniman dan pengarang, perpustakaan yang memiliki buku pelbagai bahasa dan syarikat percetakan pertama di Iraq. Bagaimanapun, Daesh merampas bandar itu pada 2014, lalu mengharamkan sebarang teks yang dianggap tidak Islamik dan membakar arkibnya. - Foto AFP

Mengembalikan manuskrip, kitab lama dibakar Daesh

MOSUL, Iraq: Watheq Mahmud, 33, menyambung pengajian ijazah lanjutan dalam kejuruteraan tetapi buku teks yang diperlukan, selalu tidak dapat diperoleh di bandar ini selepas gerakan Daesh membakar naskhah dan memusnahkan perpustakaannya.

Demi mendapatkan buku, beliau terpaksa menempuh perjalanan 400 kilometer menuju ke selatan, Baghdad, malah lebih jauh lagi hingga 600 kilometer ke Basra.

“Semua perkara sudah terbalik sekarang. Mosul pernah menjadi hab kepada mahasiswa dan penyelidik dari seluruh Iraq serta dunia Arab.

“Namun hari ini, penduduk Mosul dipaksa untuk meninggalkan kota mereka untuk mencari pendidikan, buku dan sumber,” katanya.

Buat beberapa abad, Mosul terkenal dengan seniman dan pengarang, perpustakaan yang dipenuhi buku dalam pelbagai bahasa serta menempatkan kilang cetak pertama di Iraq.


Perpustakaan Pusat Mosul di Faysaliyah yang terkenal sebagai hab seniman dan pengarang serta koleksi buku pelbagai bahasa, dijarah dan dimusnahkan oleh Daesh kerana dianggap tidak Islamik. - Foto AFP

Namun apabila kumpulan Daesh merampas bandar itu pada 2014, ia mengharamkan apa-apa sahaja teks yang dianggap tidak Islamik dan membakar arkib berharganya.

Meskipun Mosul kembali dirampas kerajaan sejak 2014, akademik mudanya menyaksikan ketandusan kepustakaannya sebagai sebahagian warisan hitam Daesh.

Sementara itu, penuntut ijazah doktor falsafah dalam bidang Sejarah, Abdulhamid Mohammad, 34, berkata penyelidik sangat sukar untuk menyiapkan disertasi kerana terlalu sedikit bahan yang ada.

Bagi penuntut bidang Sains Pemakanan, Roa al-Hassan, beliau bimbang kekayaan khazanah penulisan di bandarnya tidak dapat dipulihkan buat selama-lamanya.

“Sebahagian buku memang tidak pernah dipindahkan ke dalam digital dan kini ia sudah hilang buat selama-lamanya,” katanya.


Perpustakaan Pusat Mosul di Faysaliyah yang terkenal sebagai hab seniman dan pengarang serta koleksi buku pelbagai bahasa, dijarah dan dimusnahkan oleh Daesh kerana dianggap tidak Islamik. - Foto AFP

Salah satu hab sastera paling terkenal di Mosul ialah Perpustakaan Pusat yang dibangunkan di timur Faysaliyah pada 1921.

Ia menyimpan koleksi buku daripada novel yang didermakan hingga naskhah nadir, manuskrip rapuh dan cetak biru yang lama.

Malah, perpustakaan itu menyimpan buku dalam bahasa Syriac yang diterbitkan pada abad ke-19 oleh syarikat percetakan pertama di Iraq di seberang Sungai Tigris di barat Mosul.

Mosul juga berbangga dengan banyak koleksi kerajaan yang besar, perpustakaan teks agama, Perpustakaan Universiti Mosul, puluhan arkib yang berkait dengan masjid dan gereja, bahkan kedai buku persendirian di sepanjang Jalan Nujaifi yang mendapat jolokan nama ‘Persiaran Budaya.’

Semua permata itu dimusnahkan pada Februari 2015 apabila anggota Daesh menjarah Perpustakaan Pusat dan memusnahkan koleksi lain secara sistematik meskipun mendapat bantahan penduduk tempatan.


Kakitangan Universiti Mosul menyusun koleksi buku di Perpustakaannya yang baharu. Beberapa abad, Mosul terkenal dengan seniman dan pengarang, perpustakaan yang memiliki buku pelbagai bahasa dan syarikat percetakan pertama di Iraq. Bagaimanapun, Daesh merampas bandar itu pada 2014, lalu mengharamkan sebarang teks yang dianggap tidak Islamik dan membakar arkibnya. - Foto AFP

Sebahagian pakar menganggap Daesh mengetepikan manuskrip berharga untuk dijual di pasaran gelap bersama artefak purba yang diambil daripada tapak warisan yang dimusnahkan.

Kerajaan Iraq yang mengambil kembali Mosul pada 2017, memberikan kemudahan untuk mengisi semula perpustakaan dengan naskhah yang didermakan dari seluruh dunia.

Pengarah Bersekutu Perpustakaan Pusat, Jamal Ahmad Hesso, berkata pihaknya memiliki 16,338 buku sebelum perpustakaan dijarah dan dimusnahkan.

Jamal berkata, perpustakaan itu sudah pun menerima 11,758 naskhah tetapi masih tidak dapat menggantikan lebih satu perempat daripada kandungan sebelumnya.

Arkib agama utama di Mosul pernah menempatkan koleksi 58,000 buku. Ia kini menyimpan 48,000, berdasarkan pustakawannya, Shamel Lazem Tah.


Kakitangan Universiti Mosul menyusun koleksi buku di Perpustakaannya yang baharu. Beberapa abad, Mosul terkenal dengan seniman dan pengarang, perpustakaan yang memiliki buku pelbagai bahasa dan syarikat percetakan pertama di Iraq. Bagaimanapun, Daesh merampas bandar itu pada 2014, lalu mengharamkan sebarang teks yang dianggap tidak Islamik dan membakar arkibnya. - Foto AFP

“Antaranya ialah 4,361 buku nadir dan manuskrip penting yang semuanya dicuri oleh Daesh,” katanya.

Koleksi itu termasuk kitab al-Muhit al-Burhani, teks induk syariah Islam yang berusia 900 tahun.

Profesor Pertanian Universiti Mosul, Mohammad Abdallah, berkata universiti itu juga dijarah sepanjang tiga tahun pemerintahan Daesh.

“Perpustakaan universiti hilang lebih daripada sejuta buku saintifik dan akademik termasuk 3,500 penerbitan berharga.

“Manuskrip dan majalah berkala lebih 300 tahun, naskhah al-Quran yang bertarikh pada abad ke-9 - semuanya dijarah atau dibakar,” katanya kepada AFP.

Sekitar 90 hingga 95 peratus koleksi perpustakaan hilang.


Kakitangan Universiti Mosul menyusun koleksi buku di Perpustakaannya yang baharu. Beberapa abad, Mosul terkenal dengan seniman dan pengarang, perpustakaan yang memiliki buku pelbagai bahasa dan syarikat percetakan pertama di Iraq. Bagaimanapun, Daesh merampas bandar itu pada 2014, lalu mengharamkan sebarang teks yang dianggap tidak Islamik dan membakar arkibnya. - Foto AFP

Secara perlahan tetapi pasti, universiti menggantikan koleksi itu: hampir 100,000 buku didermakan daripada kolej lain dan agensi bukan kerajaan sama ada dalam mahupun luar Iraq.

“Universiti juga bertekad untuk membina semula perpustakaan supaya ia dapat menjadi seperti dahulu - sumber yang kaya dengan pengetahuan dan akademia,” katanya.

Ketika sebahagian besar stok terkini adalah hasil derma, sebahagian naskhah yang kekal dalam arkib asal Mosul - saki-baki yang terselamat daripada Daesh.

Pustakawan Universiti Mosul, Omar Tufiq, berkata lebih 3,000 buku dapat diselamatkan dan pihaknya juga berjaya menyimpan saki-baki 4,000 buku yang dimusnahkan,


Perpustakaan al-Waqf yang rosak teruk, menjadi perpustakaan yang memiliki teks agama di Iraq. Selama beberapa abad, Mosul terkenal dengan seniman dan pengarang, perpustakaan yang memiliki buku pelbagai bahasa dan syarikat percetakan pertama di Iraq. Bagaimanapun, Daesh merampas bandar itu pada 2014, lalu mengharamkan sebarang teks yang dianggap tidak Islamik dan membakar arkibnya. - Foto AFP

Penduduk Mosul, Abu Mohammad, 33, turut terbabit dalam usaha menyelamatkan buku.

“Saya menyelamatkan lebih 750 buku bersama-sama seorang rakan,” katanya.

Beliau menyembunyikan khazanah kesusasteraan di ruang bawah tanah rumah terbiar.

“Apabila perpustakaan terbakar, kami membawa buku itu dalam beg kecil meskipun keadaan berbahaya,” katanya.


Kakitangan Universiti Mosul menyusun koleksi buku di Perpustakaannya yang baharu. Beberapa abad, Mosul terkenal dengan seniman dan pengarang, perpustakaan yang memiliki buku pelbagai bahasa dan syarikat percetakan pertama di Iraq. Bagaimanapun, Daesh merampas bandar itu pada 2014, lalu mengharamkan sebarang teks yang dianggap tidak Islamik dan membakar arkibnya. - Foto AFP

379 dibaca
Berita Harian X