Ahad, 5 Mei 2019 | 12:42pm
Tapak perkuburan berusia 4,500 tahun berhampiran piramid Giza yang ditemukan, mengandungi keranda kayu berwarna-warni dan patung batu kapur yang berasal dari zaman Kerajaan Lama. - Foto AFP

Mesir temui makam Kerajaan Lama ribuan tahun

KAHERAH: Kementerian Antikuiti Mesir mendedahkan tapak perkuburan berusia 4,500 tahun berhampiran piramid Giza mengandungi keranda kayu berwarna-warni dan patung batu kapur yang berasal dari zaman Kerajaan Lama.

Tapak yang terletak di tenggara dataran Giza mengandungi makam dan liang lahad daripada pelbagai zaman tetapi tinggalan paling tua ialah makam keluarga diperbuat daripada batu kapur pada dinasti kelima (sekitar 2500 sebelum Masihi).

Jurugambar AFP dibenarkan untuk memasuki masuk ke liang lahad menyaksikan tulisan prasasti di dinding yang melukiskan keranda kayu dan patung haiwan serta manusia.

Kementerian dalam kenyataannya berkata, makam itu kepunyaan: Behnui-Ka yang memiliki tujuh gelaran termasuk Pendeta dan Hakim serta Nwi yang turut dikenali sebagai Ketua Kerajaan Agung dan penyuci Firaun Khafre.

Khafre yang dikenali pada zaman Yunani Kuno sebagai Chephren, membina piramid kedua daripada tiga Piramid Giza yang terkenal.

“Banyak artefak ditemukan dalam makam termasuk patung batu kapur salah seorang pemiliknya, isteri dan anaknya,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Ketua Pengarah Dataran Giza, Ashraf Mohi, berkata makam itu digunakan semula secara meluas pada Zaman Akhir bermula dari awal abad ketujuh SM.

Kementerian itu turut mempamerkan apa yang dikatakan keranda kayu Zaman Akhir dengan tulisan hieroglif yang diukir pada penutupnya bersama topeng pengebumian kayu dan tanah liat.


Tapak perkuburan berusia 4,500 tahun berhampiran piramid Giza yang ditemukan, mengandungi keranda kayu berwarna-warni dan patung batu kapur yang berasal dari zaman Kerajaan Lama. - Foto AFP


Tapak perkuburan berusia 4,500 tahun berhampiran piramid Giza yang ditemukan, mengandungi keranda kayu berwarna-warni dan patung batu kapur yang berasal dari zaman Kerajaan Lama. - Foto AFP


Tapak perkuburan berusia 4,500 tahun berhampiran piramid Giza yang ditemukan, mengandungi keranda kayu berwarna-warni dan patung batu kapur yang berasal dari zaman Kerajaan Lama. - Foto AFP


Tapak perkuburan berusia 4,500 tahun berhampiran piramid Giza yang ditemukan, mengandungi keranda kayu berwarna-warni dan patung batu kapur yang berasal dari zaman Kerajaan Lama. - Foto AFP


Tapak perkuburan berusia 4,500 tahun berhampiran piramid Giza yang ditemukan, mengandungi keranda kayu berwarna-warni dan patung batu kapur yang berasal dari zaman Kerajaan Lama. - Foto AFP


Tapak perkuburan berusia 4,500 tahun berhampiran piramid Giza yang ditemukan, mengandungi keranda kayu berwarna-warni dan patung batu kapur yang berasal dari zaman Kerajaan Lama. - Foto AFP

2191 dibaca
Berita Harian X