Isnin, 4 November 2019 | 10:34am
Sambutan Maulidur Rasul yang semakin hampir ditandakan dengan penyediaan manisan pelbagai bentuk di Kaherah. - Foto AFP

Manisan tambah keriangan warga Kaherah sambut Maulidur Rasul

KAHERAH: Haruman manisan semerbak di Jalan Bab al-Bahr bersejarah yang terletak di pusat bandar kota raya ini, menandakan hampirnya sambutan Maulidur Rasul yang juga dikenali al-Maulid al-Nabawi.

Anak patung gula-gula, manisan berbentuk kuda dan berisi kacang dipamerkan di barisan kedai terletak di jalan sibuk di daerah yang dipenuhi dengan masjid, makam dan hotel musafir.


Sambutan Maulidur Rasul yang semakin hampir ditandakan dengan penyediaan manisan pelbagai bentuk di Kaherah. - Foto AFP

“Kami suka untuk berkongsi keriangan ini. Kami datang ke Bab al-Bahr pada masa ini setiap tahun untuk menghiaskan manisan,” kata seorang pemilik gerai yang menjual anak patung manisan dengan kertas pembalut berkilau dan berwarna-warni, sekali gus menarik perhatian sekumpulan kanak-kanak.

Kebanyakan umat Islam dari aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) di dunia meraikan ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW pada 12 Rabiulawal yang tahun ini disambut pada Sabtu ini.

Nabi Muhammad SAW dilahirkan di Makkah, iaitu kota di kawasan bergunung-ganang, iaitu tanah suci sekitar 1,450 tahun lalu.


Sambutan Maulidur Rasul yang semakin hampir ditandakan dengan penyediaan manisan pelbagai bentuk di Kaherah. - Foto AFP

Menjelang sambutan itu, cef menyediakan manisan diperbuat daripada kacang, bijan, kelapa dan kacang pistasio.

“Saya datang ke sini setiap tahun sejak 35 tahun lalu kerana suka menghiasi manisan. Manisan ini dihidangkan kepada orang ramai tanpa mengira sama ada miskin mahupun kaya,” kata Abdou, 56, yang bekerja sebagai tukang kayu.


Sambutan Maulidur Rasul yang semakin hampir ditandakan dengan penyediaan manisan pelbagai bentuk di Kaherah. - Foto AFP

Berhampirannya, Sayed, 25, mengacau gula yang mendidih dengan sudip kayu.

“Saya bekerja di kedai ini sejak berusia 12 tahun,” katanya yang menambah pekerjaannya menggembirakan penggemar manisan sepanjang tahun.

Selepas sambutan itu, beliau berkata, mereka akan kembali menyediakan coklat dan manisan biasa. - AFP


Sambutan Maulidur Rasul yang semakin hampir ditandakan dengan penyediaan manisan pelbagai bentuk di Kaherah. - Foto AFP


Sambutan Maulidur Rasul yang semakin hampir ditandakan dengan penyediaan manisan pelbagai bentuk di Kaherah. - Foto AFP


Sambutan Maulidur Rasul yang semakin hampir ditandakan dengan penyediaan manisan pelbagai bentuk di Kaherah. - Foto AFP

Berita Harian X