Isnin, 23 November 2015 | 9:30am
HARRY Kane meledak dua gol bagi membantu kemenangan besar Tottenham 4-1 ke atas West Ham. - Foto AFP

Dua gol Kane bantu kemenangan selesa Tottenham

LONDON: Penyerang England, Harry Kane meledak dua gol bagi membantu kemenangan besar Tottenham 4-1 ke atas pesaing dari London, West Ham di White Hart Lane, malam tadi.

Meskipun kedudukan Spurs kekal di tempat kelima dalam Liga Perdana Inggeris, kelab dari utara London itu terus konsisten dalam memburu tempat ke Liga Juara-Juara Eropah dan menyamai rekod kelab dengan 12 aksi tanpa kalah.

Kane meledak pada minit ke-23 sebelum Toby Alderweireld menambah gol kedua pada minit ke-33 untuk menjadikan kedudukan separuh masa pertama 2-0..

Penguasaan Spurs nyata berterusan pada babak edua apabila Kane sekali lagi menyumbat gol pada minit ke-50 dan pemain pertahanan, Kyle Walk menjadikan kedudukan 4-0 menerusi golnya pada minit ke-80.

Gol sagu hati West Ham Manuel Lanzini hanya tiba lewat pada minit ke-87.

"Ia adalah satu daripada aksi terbaik kami musim ini, kami amat bangga dengan pemain dan mereka beraksi amat baik," kata pengurus Tottenham, Mauricio Pochettino. - AFP

Berita Harian X