Ahad, 5 Oktober 2014 | 6:33pm
Louis van Gaal

Man United, Everton janji aksi menarik

MANCHESTER: Louis van Gaal harus akur betapa dia terdesak tanpa kehadiran kapten pasukan, Wayne Rooney apabila menentang Everton di Old Trafford, jam 7 malam ini.

Namun, pengurus Manchester United tetap beranggapan positif untuk merakamkan kemenangan kedua berturut-turut apabila berdepan lawan dari Merseyside itu dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

"Saya pasti akan terasa tanpa kelibat Wayne (Rooney) kerana dia kapten dan tonggak pasukan. Tapi saya percaya Mata juga boleh menggalas tanggungjawab dengan baik nanti," kata Van Gaal.

Rooney akan memulakan penggantungan tiga perlawanan, malam ini dan Juan Mata adalah calon mengisi kekosongan itu.

Everton kembali selepas cabaran meletihkan ketika seri 1-1 menentang FK Krasnodar dari Russia dalam Liga Europa, Khamis lalu dan pengurus pasukan, Roberto Martinez berharap anak didiknya dapat memberikan satu lagi persembahan terpuji nanti.

Barisan kemungkinan

Man Utd: De Gea, Da Silva, McNair, Rojo, Shaw, Blind, Valencia, Di Maria, Mata, Falcao, van Persie

Everton: Howard, Hibbert, Stones, Jagielka, Baines, Barry, Besic, Pienaar, Naismith, McGeady, Lukaku

Berita Harian X