Isnin, 16 November 2015 | 12:07am

BackBeat SENSE fon kepala stereo tanpa wayar pintar


FON kepala bluetooth pintar yang ringan, mengeluarkan audio mempersona.

PLANTRONICS, peneraju dalam teknologi audio dan alat elektronik boleh dipakai, hari ini melancarkan fon kepala BackBeat SENSE iaitu fon kepala tanpa wayar pintar yang mentakrifkan semula keupayaan fon kepala stereo, dalam kategori keselesaan dan kecemerlangan audio.

Setiap kali anda hendak menikmati lagu, podcast atau menonton wayang, BackBeat SENSE yang diperbuat oleh bahan-bahan ringan, hayat bateri Bluetooth yang canggih, sensor pintar, reka bentuk yang menarik dan Audio Khas Plantronics.

"Dari siang hingga malam, pengguna kini menceburi diri dengan media yang boleh dimuat turun di mana-mana dan bila-bila masa sahaja.

"Justeru, mereka perlu fon kepala yang bukan saja dapat mengikut trend terbaru, malah juga dapat mengoptimumkan pengalaman mereka.

"Dengan pelancaran BackBeat SENSE, kami menawar fon kepala generasi baru ke dalam pasaran dengan kelengkapan teknologi sensor intuitif yang dapat memenuhi kehendak realiti sekarang seperti sentiasa tersedia, kaya dengan kandungan, dan mengutamakan muzik," kata Lori Langona, Pengarah Pemasaran Pengguna Plantronics.

Apakah ciri-ciri BackBeat SENSE yang membezakan ia daripada yang lain? Ia terdapat Sensor Pintar yang berfungsi sebagai pembatalan muzik automatik apabila fon kepala ditanggalkan, memelihara jangka hayat bateri apabila ia tidak digunakan, berserta fungsi pudar suara apabila fon kepala dipasang balik.

Pemasangan yang pintar membuat penyambungan antara peranti cepat dan lancar termasuklah penyambungan dua peranti pada masa yang sama.

Isyarat suara berbisik memberi tahu pengguna informasi penting seperti hayat bateri, status sambungan dan banyak lagi.

Dengan memusatkan kawalan fon kepala dalam satu cawan telinga memudahkan penggunaan fon kepala itu dan juga lebih intuitif, tambahan pula, hayat bateri telah dipanjangkan supaya aliran muzik dan media dapat dinikmati sehingga 18 jam atas satu caj sahaja.

BackBeat SENSE telah mengambil pendekatan yang inovatif dalam reka bentuknya dengan memastikan ia sesuai untuk digunakan oleh orang ramai dan juga keselesaan untuk pemakaian sehari.

Reka bentuk fon kepala yang unik ini sesuai untuk 99% jenis saiz kepala dengan selesa, dan berat fon kepala akan diagihkan dengan yang sama rata, supaya masa pemakaian dapat dipanjangkan dengan menghapuskan tekanan yang menyebabkan pemakainya berasa letih dan tidak selesa.

Hanya seberat 140g, lebih kurang purata berat sebuah telefon pintar, BackBeat SENSE mempunyai berat lebih kurang 50% lebih ringan daripada kebanyakan fon kepala Bluetooth terdapat di pasaran hari ini.

Pad telinga foam memori yang selaras dengan bentuk telinga bantu menyempurnakan prestasi audio. Reka bentuk fon kepala yang padat berserta fungsi cawan telinga (earcup) lipat rata memudahkan BackBeat SENSE digantung di leher dengan selesa apabila ia tidak digunakan.


FON kepala bluetooth pintar yang sesuai untuk diguna sepanjang hari dengan hanya satu caj sahaja berserta dengan teknologi sensor pintar intuitif.

Manfaat-manfaat teknologi BackBeat SENSE yang lain termasuk:

  • Audio Khas Plantronics serta pemacu-pemacu audio dinamik menghasilkan keseimbangan audio yang optimum dengan bass yang kaya, suara tinggi halus, dan nada pertengahan semula jadi membolehkan pengguna menikmati dinamik muzik dengan perinci dan sepenuhnya.
  • Bluetooth Kelas 1 yang Canggih membolehkan pengguna melaras dan menyambung sehingga dua buah peranti pintar dengan jarak selebar 330 kaki/ 100m2 atau keluasan sebuah padang bola sepak.
  • Dwi Mikrofon mendayakan panggilan Suara HD atau berinteraksi dengan aplikasi suara seperti Siri, Google Now, Cortana dan Skype.
  • Teknologi OpenMic membenarkan pengguna menerima suara persekitaran dan perbualan berdekatan di mana perlu tanpa menanggalkan fon kepala. Dengan OpenMic, pengguna hanya perlu mengaktifkan fungsi tersebut dengan satu sentuhan butang sahaja.
  • Cawan telinga lipat rata memudahkan BackBeat SENSE senang disimpan dan dibawakan berserta beg fon kepala tahan lasak bergabung dengan kemudahan lubang poket untuk mengecas dan kabel audio.

Produk Keluarga BackBeat Keluaran Plantronics

BackBeat SENSE adalah produk stereo tanpa wayar terbaru keluarga BackBeat keluaran Plantronics. Stereo fon kepala Bluetooth BackBeat yang lain termasuk fon kepala tanpa wayar BackBeat PRO, yang menampilkan fungsi pembatalan bunyi aktif dan hayat bateri yang mencatat rekod selama 24 jam; fon kepala kalis peluh tanpa wayar BackBeat FIT, menampilkan reka bentuk unik untuk pemasangan stabil yang mengunci produk di atas telinga dengan selesa tidak kira berapa agresif senaman itu; dan BackBeat GO 2 + Peti Mengecas fon telinga tanpa wayar yang menyampaikan audio premium berserta ciri produk yang kecil dan ringan. BackBeat PRO, BackBeat GO 2 + Peti Mengecas dan BackBeat Fit boleh didapati di mana-mana kedai pengedar yang terpilih Plantronics.

Harga dan Ketersediaan Produk

BackBeat SENSE boleh didapati dalam dua gaya, iaitu Hitam/Espresso dan Putih/Tan, produk ini boleh didapati di kedai-kedai pengedar yang diiktiraf oleh Plantronics Malaysia.

Bermula bulan Ogos tahun ini, BackBeat SENSE boleh didapati di seluruh dunia. MSRP untuk BackBeat SENSE di Malaysia adalah RM729.

Berita Harian X