Ahad, 15 November 2015 | 3:18pm
SEBUAH pesawat ringan jenis Piper 32 terjunam ke laut ketika hendak berlepas di Kampung Tersusun Teluk Dalam, Pulau Pangkor, tengah hari tadi. - Foto ihsan Bomba

Pesawat ringan terjunam ke laut


SEBUAH pesawat ringan jenis Piper 32 terjunam ke laut ketika hendak berlepas di Kampung Tersusun Teluk Dalam, Pulau Pangkor, tengah hari tadi. - Foto ihsan bomba **97105

PANGKOR: Sebuah pesawat ringan jenis Piper 32 terjunam ke laut ketika hendak berlepas di Kampung Tersusun Teluk Dalam, Pulau Pangkor, tengah hari tadi.

Difahamkan dalam insiden itu jam 1.20 tengah hari, pesawat terbabit dikatakan sedang hendak berlepas dari Lapangan Terbang Pangkor, Teluk Dalam di sini, sebelum tersangkut di pagar dan terjunam ke laut.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pulau Pangkor, Hisham Mohd Noor, berkata empat mangsa dalam pesawat itu bagaimanapun hanya cedera.

"Mangsa membabitkan tiga lelaki dewasa dan seorang wanita. Semua mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Pulau Pangkor untuk rawatan awal," katanya.

Berita Harian X