Rabu, 11 November 2015 | 4:29pm

Stok minyak sawit Malaysia meningkat 7.29 peratus

KUALA LUMPUR: Bekalan minyak sawit keseluruhan Malaysia pada Oktober 2015 meningkat 7.29 peratus kepada 2.83 juta tan berbanding 2.64 juta tan yang dicatatkan pada bulan sebelum ini, demikian menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Menurut MPOB, bekalan minyak sawit mentah (MSM) bagi Oktober naik 8.88 peratus kepada 1.71 juta tan berbanding 1.57 juta tan sebelum ini.

Bekalan minyak sawit diproses meningkat 4.96 peratus kepada 1.13 juta tan pada Oktober, menurut MPOB dalam satu kenyataan hari ini.

Pengeluaran isirung sawit susut 0.68 peratus kepada 486,309 tan pada Oktober daripada 489,614 tan sebelum ini.

Sementara itu, eksport minyak sawit meningkat 1.87 peratus kepada 1.71 juta tan, manakala eksport oleokimia bertambah 1.10 peratus kepada 252,973 tan daripada 250,216 tan.

Eksport biodiesel berkurangan kepada 11,334 tan, susut 63.93 peratus daripada 31,423 tan sebelum ini, menurutnya.

- BERNAMA

Berita Harian X