Isnin, 9 November 2015 | 2:06am

Liverpool tersungkur di laman sendiri


PEMAIN Liverpool, Martin Skrtel (kiri) menggasak pemain Crystal Palace, Yannick Bolasie pada aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris, sebentar tadi. - Foto REUTERS

LIVERPOOL: Liverpool dikejutkan Crystal Palace, 2-1 di laman sendiri dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berakhir sebentar tadi.

Scouser Dann muncul wira pasukan pelawat selepas jaringannya pada minit ke-82 memastikan mata penuh dibawa pulang dari Anfield.

Terdahulu, Liverpool dan Palace terikat 1-1 pada separuh masa pertama.

Pelawat mendahului melalui Yannick Bolasie pada minit ke-21, sebelum tuan rumah menyamakan kedudukan menerusi Phillippe Coutinho ketika permainan berbaki tiga minit untuk menuju rehat.

Kemenangan itu membolehkan Palace memintas skuad Jurgen Klopp dan Everton untuk berada di tangga kelapan liga, hasil himpunan 19 mata.

Liverpool pula merosot ke tangga kesepuluh hasil himpunan 17 mata daripada 12 perlawanan setakat ini.

Barisan pemain:

Liverpool: Mignolet, Clyne, Skrtel, Sakho, Moreno, Can, Lucas, Ibe, Coutinho, Lallana, Benteke.

Simpanan: Lovren, Firmino, Allen, Origi, Brannagan, Bogdan, Teixeira.

Crystal Palace: Hennessey, Kelly, Dann, Delaney, Souare, Cabaye, McArthur, Zaha, Puncheon, Bolasie, Sako.

Simpanan: Speroni, Ward, Hangeland, Bamford, Wickham, Mutch, Ledley.

Pengadil: Neil Swarbrick (Lancashire)

- AGENSI

95 dibaca
Berita Harian X