Isnin, 9 November 2015 | 2:03am

Arsenal, Spurs kongsi mata di Emirates


PERTAHANAN Tottenham Hotspurs, Jan Vertonghen (kiri) cuba menghalang penyerang Arsenal, Alexis Sanchez pada aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris, sebentar tadi. - Foto AFP

LONDON: Arsenal dan Tottenham Hotspur berkongsi mata selepas terikat 1-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates, yang berakhir sebentar tadi.

Pelawat lebih dulu di depan menerusi jaringan penyerang England, Harry Kane pada minit ke-32.

Arsenal kembali menyamakan kedudukan menerusi Kieran Gibbs pada minit ke-77. Kedudukan kekal sehingga wisel penamat.

Keputusan itu mengekalkan kedudukan Arsenal di tangga kedua liga dengan 26 mata, menyamai jumlah dihimpun pendahulu, Manchester City namun dibezakan jumlah jaringan.

Spurs pula melonjak ke tangga kelima dengan himpunan 21 mata.

Barisan pemain:

Arsenal - Cech; Debuchy, Mertesacker, Koscielny, Monreal; Coquelin, Cazorla; Campbell, Özil, Sanchez; Giroud. Simpanan: Gibbs, Gabriel, Arteta, Ospina, Flamini, Chambers, Iwobi.

Tottenham Hotspur - Lloris; Walker, Vertonghen, Alderweireld, Rose; Dier, Alli; Lamela, Dembele, Eriksen; Kane. Simpanan: Vorm, Davies, Trippier, Carroll, Mason, Onomah, Son.

Pengadil: Martin Atkinson (Bradford)

- AGENSI

Berita Harian X