Sabtu, 7 November 2015 | 6:30pm
AKTOR, Shah Iskandar.

Shah Iskandar pilih Sarah sebagai isteri


AKTOR Shah Iskandar, bersama Sarah Mohd Noor.

KUALA LUMPUR: Aktor Shah Iskandar, 33, bakal mendirikan rumah tangga pada 16 Januari tahun depan dengan gadis pilihan hatinya, Sarah Mohd Noor, 30.

Beliau memilih negara kelahirannya iaitu Singapura sebagai lokasi pernikahan. Tarikh dan lokasi itu ditetapkan hasil perbincangan bersama dengan kekasih hatinya itu

"Saya bakal bernikah pada 16 Januari pada jam 4 petang. Tarikh itu dipilih kerana mudah untuk diingati.

"Majlis pernikahan itu akan diadakan di Singapura dan bakal dihadiri oleh keluarga dan sanak saudara terdekat.

"Memandangkan umur kami berdua sudah lanjut maka kami memilih untuk berkahwin tanpa bertunang bagi memudahkan segala urusan," katanya kepada BH Online.

Pasangan itu sebulat suara memilih untuk berkahwin tanpa mengikat tali pertunangan terlebih dahulu.

Shah turut memilih 16 April sebagai tarikh resepsi yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur.

Mengulas lanjut, dia menyatakan memilih Sarah menjadi isteri kerana sifatnya yang penyabar, baik hati dan memahami kerjaya seninya.

"Bagi saya, Sarah mempunyai keistimewaannya tersendiri. Dia begitu memahami karakter dan kerjaya saya sebagai pelakon," kata Shah.

Dia bagaimana pun, enggan mendedahkan jumlah mas kahwin dan hantaran kerana berpendapat masih terlalu awal untuk dikongsi bersama umum.

21 dibaca
Berita Harian X