Khamis, 5 November 2015 | 6:45pm

Pasaran getah ditutup bercampur-campur


Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur.

KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini dengan SMR 20 kekal tidak berubah dari harga tengah hari semalam, manakala harga susu getah pukal menunjukkan sedikit penurunan.

Peniaga berkata dagangan hari ini dipengaruhi penyusutan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat dan prestasi pasaran hadapan getah serantau.

Penanda aras Bursa Komoditi Tokyo (TOCOM) bergerak hampir kepada paras terendah dalam tempoh enam tahun berikutan aktiviti belian semasa harga rendah selepas tiga hari mencatatkan penurunan, katanya.

Harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 tidak berubah pada 496 sen sekilogram manakala susu getah pukal turun 1.5 sen kepada 375.5 sen sekilogram.

Harga penutup tidak rasmi pada 5 petang bagi SMR 20 meningkat 1.5 sen kepada 496 sen sekilogram dan susu getah pukal turun satu sen kepada 374.5 sen sekilogram.

- BERNAMA

Berita Harian X