Rabu, 4 November 2015 | 6:12pm

Pasaran getah ditutup rendah


PASARAN getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini walaupun pemulihan niaga hadapan getah di Bursa Komoditi Tokyo (TOCOM), kata peniaga. - Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia meneruskan penurunannya hari ini sejajar dengan prestasi lemah di Bursa Komoditi Tokyo (TOCOM) dan Bursa Niaga Hadapan Shanghai.

Peniaga berkata, harga getah turun dalam keadaan kekukuhan ringgit berbanding dolar AS manakala kebimbangan berterusan akan pertumbuhan perlahan ekonomi China dan lebihan bekalan di Asia juga menjejaskan sentimen pasaran.

Harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 turun lima sen kepada 496 sen sekilogram manakala susu getah pukal susut 4.5 sen kepada 377 sen sekilogram.

Harga penutup tidak rasmi 5 petang bagi SMR 20 turun 1.5 sen kepada 494.5 sen sekilogram dan susu getah pukal susut empat sen kepada 375.5 sen sekilogram.

- BERNAMA

Berita Harian X