Sabtu, 31 Oktober 2015 | 4:43pm

15 maut dalam pasar raya terbakar di Filipina

KEADAAN pasar raya yang musnah terbakar di selatan Filipona. - Foto EPA

MANILA: Seramai 15 orang termasuk enam kanak-kanak maut selepas terperangkap dalam sebuah pasar raya yang terbakar di selatan Filipina, awal pagi tadi, kata polis.

Mangsa dikatakan sedang tidur dalam bangunan berkunci ketika kebakaran, dipercayai berpunca daripada pendawaian elektrik yang rosak, kata Ketua Inspektor Joel Tuttuh.

Peniaga dan ahli keluarga mereka kerap bermalam di dalam pasar usang di bandar pelabuhan Zamboanga itu untuk mengawasi barang jualan mereka, kebanyakannya sayur dan baju terpakai.

Kebanyakan pintu masuk dan keluar bangunan pasar berkenaan dibiarkan terbuka pada waktu malam, kata Tuttuh.

"Mangsa terperangkap dalam bangunan yang terbakar. Mereka tidak dapat mencari jalan keluar," katanya.

Dua daripada enam kanak-kanak yang terkorban berumur 1 tahun, katanya, dengan menambah tiga belas mangsa lagi sedang dirawat di hospital akibat melecur teruk. - AFP

Berita Harian X