Khamis, 22 Oktober 2015 | 3:38pm

Wan Azizah kemuka notis usul undi tidak percaya terhadap PM

AHLI Parlimen Permatang Pauh, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. - Foto Yazit Razali

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mengemukakan pemberitahuan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri kepada Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Pejabat Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah hari ini.

Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh memfailkan usul itu berdasarkan Perkara 43(1) dan 43(4) Perlembagaan Persekutuan, Konvensyen Parlimen dan Peraturan 26 dan 27 Peraturan-Peraturan Mesyuarat Majlis Dewan Rakyat.

Usul itu antara lain menyatakan: "Bahawa Dewan ini tidak ada kepercayaan terhadap Yang Amat Berhormat Pekan, Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri."

Berita Harian X