Isnin, 19 Oktober 2015 | 4:08pm

463 sekolah di Kuching, Samarahan ditutup hari ini


PELAJAR terpaksa menduduki peperiksaan dengan menggunakan topeng hidung dan mulut di Dewan Peperiksaan Kolej Vokasional Batu Lintang, Kuching hari ini.
Peperiksaan Kolej Vokasional tetap diteruskan di Kuching dengan pelaksanaan 'Ops Topeng' meskipun terpaksa berhadapan dengan masalah jerebu dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sebanyak 98 iaitu di paras sederhana.
- Foto BERNAMA

KUCHING: Sebanyak 463 sekolah rendah dan menengah di Kuching serta Samarahan ditutup hari ini, susulan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan berkenaan semakin meningkat.

Arahan penutupan itu dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan semalam.

Jabatan Pendidikan Sarawak dalam satu kenyataan berkata, penutupan sekolah di Bahagian Kuching dan Samarahan itu membabitkan 104,525 murid sekolah rendah dan 80,283 pelajar sekolah menengah.

"Sebanyak 265 buah sekolah rendah dan menengah di empat daerah dalam Bahagian Kuching iaitu Daerah Kuching, Bau, Lundu dan Padawan ditutup.

"Penutupan ini membabtkan seramai 73,007 murid sekolah rendah dan 56,825 pelajar sekolah menengah.

"Di Bahagian Samarahan pula, sebanyak 198 sekolah rendah dan menengah di tiga daerah iaitu Samarahan, Serian dan Simunjan ditutup membabitkan 31,518 murid sekolah rendah dan 23,458 pelajar sekolah menengah," kata kenyataan itu.

-BERNAMA

15 dibaca
Berita Harian X