Ahad, 18 Oktober 2015 | 10:13pm

Cub Prix: Podium pertama buat Fitri bagi musim 2015


MD Fitri Ashraff Razali (tiga dari kanan) meraih kemenangan pertama bagi musim 2015 apabila mengungguli perlumbaan CP130 pada Pusingan 8 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS. - Foto ihsan Malaysian Cub Prix Facebook

KUALA LUMPUR: Pelumba PETRONAS Yamaha-CKJ, Mohd Fitri Ashraff Razali meraih kemenangan pertama bagi musim 2015 apabila mengungguli perlumbaan CP130 pada Pusingan 8 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS, hari ini.

Pada perlumbaan yang berlangsung di Litar Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang, Selangor, itu, Fitri yang bermula dari petak ke-11 itu menamatkan 18 pusingan perlumbaan dengan masa 14 minit 50.469 saat.

Fitri berjaya mengatasi saingan dua pelumba pasukan Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing, Mohd Hafiz Nor Azman dan Mohd Rozaiman Said yang turut meraih podium pertama dalam kelas CP130, masing-masing dengan masa 14 minit 50.931 saat dan 14'54.799s.

Begitupun, malang buat Mohd Adib Rosley yang muncul pelumba pertama melintasi garisan penamat apabila dikenakan penalti 30 saat kerana kesalahan memintas ketika bendera kuning dikibarkan.

"Saya tidak begitu bersemangat untuk memulakan perlumbaan akhir hari ini kerana kecewa dengan aksi pad sesi ujian masa semalam," kata Fitri.

"Saya terjatuh dan gagal mendapatkan masa terbaik untuk layak ke Superpole malah jentera saya juga mengalami kerosakan dan tidak sempat untuk disiapkan lebih awal.

"Namun, saya kuatkan semangat dan ketika berada di atas jentera, saya cuba menenangkan fikiran saya dan tidak terburu-buru untuk ke hadapan selain turut memerhatikan laluan yang baik di litar.

"Selepas pusingan ketiga barulah saya mula memecut lebih laju dan memintas seorang demi seorang pelumba sehinggalah berada di kelompok tiga pelumba hadapan dan seterusnya berjaya melintasi garisan penamat sedikit ketinggalan di belakang Adib sebelum mendapat tahu dia kemudiannya dikenakan penalti," katanya.

Ahmad Fazrul Sham dari pasukan Yamalube AHM yang menamatkan perlumbaan di kedudukan kelapan terus kekal mendahului senarai pelumba dengan mengumpul 103 mata, 24 mata mengatasi gandingan Abd Muhaimin Roslan (PETRONAS Yamaha Maju Motor) dan rakan sepasukan Muhaimin yang juga abangnya, Ahmad Fazli Sham yang mengumpul 70 mata.

Dalam pada itu, kejuaraan kelas CP115 menjadi milik Tengku Amirul Haffirudin yang berjaya meraih gelaran juara buat kali ketiga pada musim ini.

Tengku Amirul menamatkan perlumbaan dengan masa 12'16.280s menewaskan pendahulu keseluruhan, Kasma Daniel Kasmayudin (PETRONAS Yamaha Maju Motor) di tempat kedua dengan masa 12'22.486s.

Tempat ketiga milik rakan sepasukan Tengku Amirul, Mohd Izzat Zaidi Salehan dengan masa 12'23.010s

Keputusan

CP130

Perlumbaan Akhir

1. Md Fitri Ashraff Razali (Yamaha) 14'50.469s 2. Md Hafiz Nor Azman (Honda) 14'50.931s 3. Md Rozaiman Md Said (Honda) 14'54.79ss 4. Md Affendi Rosli (Yamaha) 14'56.195s 5. Md Taufiq Roslan (Yamaha) 14'57.255

Kedudukan Keseluruhan

1. Ahmad Fazrul Sham (Yamaha) 103 mata 2. Abdul Muhaimin Roslan (Yamaha) 79 mata 3. Ahmad Fazli Sham (Yamaha) 70 mata 4. Md Affendi Rosli (Yamaha) 64 mata 5. Md Zamri Baba (Honda) 64 mata.

Anugerah Berpasukan

1. PETRONAS Yamaha Maju Motor 177 mata 2. PETRONAS Yamaha CKJ 166 mata 3. Harian Metro YTEQ SCK Honda Racing 153 mata 4. Yamalube AHM 150 mata 5. Motul Yamaha YY Pang 105 mata

CP115

Perlumbaan Akhir

1. Tengku Amirul Haffirudin (Yamaha) 12'16.280s 2. Kasma Daniel Kasmayudin (Yamaha) 12'22.486s 3. Md Izzat Zaidi (Yamaha) 12'23.010s 4. Azroy Hakeem Anuar (Honda) 12'23.260s 5. Md Fareez Afeez (Yamaha) 12'25.532s

Kedudukan Keseluruhan

1. Kasma Daniel Kasmayudin (Yamaha) 140 mata 2. Tengku Amirul Haffirudin (Yamaha) 111 mata 3. Ahmad Syukran Aizat (Yamaha) 69 mata 4. Md Fareez Afeez (Yamaha) 64 mata 5. Md Emir Firdaus Razak (Yamaha) 62 mata

Anugerah Berpasukan

1. Motul Yamaha YY Pang 172 mata 2. PETRONAS Yamaha Maju Motor 167 mata 3. PETRONAS Yamaha CKJ 113 mata 4. FELDA PB Racing A 113 mata 5. M Seki Liberty Honda 65 mata

WIRA

Perlumbaan Akhir

1. Md Harith Farhan Baharin (Honda) 10'07.580s 2. Md Khairul Ikhwan Ajis (Yamaha) 10'07.630s 3. Md Irfan Rosnizam (Yamaha) 10'19.984s 4. Md Akid Aziz (Yamaha) 10'19.985s 5. Md Syafiq Aiman (Yamaha) 10'20.383

Kedudukan Keseluruhan

1. Md Harith Farhan Baharin (Honda) 195 mata 2. Saiful Izman Ahmad Zamani (Yamaha) 93 mata 3. Md. Khairul Ikhwan Ajis (Yamaha) 90 mata 4. Md Irfan Rosnizam (Yamaha) 84 mata 5. Amirul Hakim Md Rizal (Yamaha) 82 mata

Berita Harian X