Ahad, 18 Oktober 2015 | 6:48pm

Kemenangan ke atas Everton penting bagi aksi Liga Juara - Van Gaal

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memberi ucapan dasar ketika Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda sempena Persidangan Agung UMNO 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). - Foto Rosela Ismail

LIVERPOOL: Pengurus Manchester United, Louis van Gaal berkata kemenangan klinikal 3-0 ke atas Everton, semalam meningkatkan keyakinan skuad bimbingannya menjelang kunjungan ke CSKA Moscow, minggu depan bagi kempen Liga Juara-Juara.

Gol pada babak pertama daripada Morgan Schneiderlin dan Ander Herrera dan jaringan bekas pemain Everton, Wayne Rooney memberikan United kemenangan meyakinkan dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) di Goodison Park.

Sebelum rehat antarabangsa, United mencatat kekalahan 3-0 kepada Arsenal dan Van Gaal jelas teruja dengan peningkatan yang dipamerkan pemainnya dengan Rooney turut menambah jumlah golnya dalam kempen EPL.

"Ia adalah persembahan yang cukup baik dan saya bercakap kepada pemain-pemain saya yang saya amat bangga dengannya kerana ia adalah salah satu permainan terbaik kami," kata Van Gaal.

"Kami memerlukannya kerana Everton adalah pasukan yang amat baik.

"Kami mengawal permainan untuk 80 minit dan satu-satunya bahaya yang dicipta Everton ialah ketika pengadil memberikan sepakan percuma pada jarak 60 meter kerana (Ross) Barkley boleh melakukan sepakan percuma yang baik.

"Saya melihat ramai pemain yang bermain corak individu bermain dengan amat baik, namun ia juga kerana keputusannya juga cukup baik.

"Kami memperoleh lebih keyakinan dan kamu dapat melihatnya pada babak pertama. Saya amat gembira," kata pengurus kelahiran Belanda itu.

United dijadual bertemu CSKA di Russia pada pagi Khamis ini.

Perlawanan di Goodison Park bermula dengan peminat Everton masih dalam kesedihan disebabkan kematian legenda kelab itu, Howard Kendall akibat serangan jantung.

Pengurus Everton, Roberto Martinez begitupun menafikan situasi itu menjadi punca kekalahan pasukannya. - AFP

Berita Harian X