Sabtu, 17 Oktober 2015 | 10:49am

Pasaran getah dijangka diniagakan bercampur-campur minggu depan

KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia dijangka diniagakan bercampur-campur minggu depan memandangkan peniaga kekal berhati-hati terhadap pergerakan ringgit dan harga minyak mentah seterusnya, kata peniaga.

Aliran menurun harga getah di Bursa Komoditi Tokyo dan yen yang kukuh turut dijangka mempengaruhi sentimen pasaran.

Mengikut Jumaat ke Jumaat, harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 naik tiga sen kepada 524.50 sen sekilogram manakala susu getah pukal turun 1.0 sen kepada 408 sen sekilogram.

Harga penutup penjual tidak rasmi bagi gred tayar SMR 20 menokok 1.5 sen kepada 523.50 sen sekilogram manakala susu getah pukal susut satu sen kepada 407 sen sekilogram.

- BERNAMA

Berita Harian X