Isnin, 29 September 2014 | 11:46pm

35 penumpang maut nahas bas di Sudan Selatan

KAMPALA: Sekurang-kurangnya 35 orang maut apabila sebuah bas bertembung dengan trak di lebuh raya yang menghubungkan Sudan Selatan dan Uganda, kata saksi hari ini.

Nahas berlaku di Nisitu, kira-kira 10 kilometer di selatan Juba, ibu negara Sudan Selatan ketika bas berkenaan menyeberangi jambatan sebelum dirempuh sebuah trak yang datang dari arah bertentangan.

Saksi berkata, bas itu kemudiannya bertembung dengan trak berkenaan menyebabkan ramai penumpang terbunuh atau tercedera.

"Trak itu meranapkan bas berkenaan," katanya. Kumpulan askar Uganda yang berada di sebuah kem berhampiran bergegas menyelamatkan mangsa.

Kebanyakan mangsa meninggal dunia sebelum bantuan tiba.

Bas terbabit dalam perjalanan ke Uganda membawa kira-kira 60 penumpang.

Kebanyakan mangsa adalah warga Uganda tetapi sekurang-kurangnya tiga adalah rakyat Kenya dan lima dari Sudan Selatan. - AP

Berita Harian X