Jumaat, 2 Oktober 2015 | 9:09pm
DAVID Beckham.

Giggs calon terbaik ganti Van Gaal - Beckham

LONDON: David Beckham percaya bekas rakan sepasukannya, Ryan Giggs adalah calon yang tepat untuk menggantikan tempat Louis van Gaal sebagai pengurus di Manchester United.

Van Gaal, 64 yang dilantik pengurus di Old Trafford tahun lalu sebelum ini pernah beberapa kali menyuarakan hasratnya untuk tidak menyambung kontraknya dan bersara pada 2017.

Giggs, 41 pula mencipta rekod pemain paling banyak beraksi beraksi bersama United sebelum mengakhiri 23 tahun karier penuh gemilang bersama kelab gergasi Inggeris itu pada 2014.

Legenda kelahiran Wales itu ketika ini menjadi pembantu kuat Van Gaal dan Beckham memberitahu Talksport radio, hari ini dia tidak pernah ragu dengan kemampuan bekas rakan sepasukannya itu.

"Dia mempunyai bahan untuk menjadi pengurus. Dia mempunyai bakat di badannya yang diperlukan anda untuk menjadi pengurus yang baik," kata Beckham.

"Dia banyak belajar daripada Sir Alex Ferguson sejak beberapa tahun lalu, dia belajar daripada Van Gaal ketika ini.

"Dia mengambil masanya, melakukan perkara yang betul dan tanpa sebarang keraguan, peminat Man United pasti gemar melihat Giggs pada satu tahap, menjadi pengurus Manchester United.

"Untuk bermain bersama kelab sebanyak yang dilakukannya dan mempunyai segala penghormatan dan kefahaman mengenai apa itu Manchester United, dia pasti sempurna pada satu ketika dia melangkah."

Beckham, 40 yang bermain bersama Giggs di Man United pada 1992 hingga 2003 akan kembali ke Old Trafford pada 14 November depan bagi perlawanan pertunjukan yang dikendalikan Ferguson.- REUTERS

Berita Harian X